Thursday, October 1, 2009

Bekas penjaga gol hoki negara meninggal dunia

Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my

BEKAS penjaga gol hoki negara era 70-an, Hanapiah Ghani meninggal dunia, pagi semalam selepas menghidap kanser hati.

Allahyarham, 58, dari Kampung Baru menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur oleh rakan baiknya. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, selepas Asar, semalam.

Allahyarham yang pernah beraksi pada Sukan Seap 1973 - meninggalkan seorang balu, Jasiah Sanwan, 55, serta dua anak, Hezmen Sezly, 36, dan Norizan Jaslyna, 35.

"Kami memang nampak arwah uzur, tapi arwah merahsiakan penyakitnya selama ini," kata Hezmen.

Selepas menamatkan kerjaya dalam hoki pada 1975, Allahyarham bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan khidmat terakhir di Istana Budaya dan berhenti kira-kira tiga hari sebelum Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment