RATU skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann
David dianugerah pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.
Pemakaian pangkat itu dilakukan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud pada majlis di Wisma Pertahanan, Jalan Semarak.
Nicol tidak pernah menyangka akan dianugerah pangkat itu dan berharap anugerah itu menjadi pendorong mencatat lebih banyak kejayaan.
“Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Rodzali dan TUDM kerana diberi penghormatan menerima anugerah ini dan berharap ia menjadi pendorong kepada saya untuk meraih lebih banyak gelaran tahun ini,” katanya.
Nicol akan meneruskan latihan di Amsterdam, Belanda di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Liz Irving.
“Musim kedua kejohanan skuasy baru saja bermula dan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan seperti Terbuka Carol Weymuller di New York, Terbuka China, Kejohanan Berpasukan Dunia di Perancis dan Terbuka Dunia di Cayman Island,” katanya.
Sementara itu, Rodzali berkata, Nicol menjadi atlet pertama
dianugerah pangkat itu dan dia sememangnya layak menerimanya selepas
melakar banyak kejayaan dalam kejohanan skuasy antarabangsa.
Nicol adalah atlet kedua dianugerah pangkat seperti itu selepas Datuk Lee Chong Wei yang dianugerah pangkat Leftenan Komander Kehormat oleh Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia, Julai lalu.
Pemakaian pangkat itu dilakukan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud pada majlis di Wisma Pertahanan, Jalan Semarak.
Nicol tidak pernah menyangka akan dianugerah pangkat itu dan berharap anugerah itu menjadi pendorong mencatat lebih banyak kejayaan.
“Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Rodzali dan TUDM kerana diberi penghormatan menerima anugerah ini dan berharap ia menjadi pendorong kepada saya untuk meraih lebih banyak gelaran tahun ini,” katanya.
Nicol akan meneruskan latihan di Amsterdam, Belanda di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Liz Irving.
“Musim kedua kejohanan skuasy baru saja bermula dan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan seperti Terbuka Carol Weymuller di New York, Terbuka China, Kejohanan Berpasukan Dunia di Perancis dan Terbuka Dunia di Cayman Island,” katanya.
Nicol adalah atlet kedua dianugerah pangkat seperti itu selepas Datuk Lee Chong Wei yang dianugerah pangkat Leftenan Komander Kehormat oleh Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia, Julai lalu.
nice blog u have
ReplyDeleteSaya berfikir bahawa Datuk Nicol Ann David adalah sukan yang sangat baik dan dia berhak untuk memenangi bahawa anugerah seperti apabila saya memenangi anugerah sebagai yang terbaik pay per head bookie tahun di syarikat saya
ReplyDelete