Tuesday, January 29, 2013

PKNS FC Mahu Bangkit Bersama Inspirasi Super Mokh

SHAH ALAM, 29 Jan (Bernama) -- Pasukan PKNS FC mahu kembali menjadi kelab gergasi bola sepak tanah air dengan mengembalikan legasi penyerang legenda negara tahun 70-an, Mokhtar Dahari atau "SuperMokh".

Kelab itu Selasa menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemasaran sukan, Total Sports Sdn Bhd untuk menjenamakan semula pasukan itu selain merencanakan perlawanan persahabatan antarabangsa, program-program sosial dan kebajikan (CSR) dan membangunkan televisyen web Selangor FC.

PKNS FC dalam kenyataan akhbar hari ini berkata langkah itu akan membantu PKNS FC menjenamakan semula kelab itu menerusi penerapan semangat Allahyarham Mokhtar dalam diri setiap pemain.

Pada majlis menandatangani memorandum itu, PKNS FC diwakili Presidennya Noor Hisham Mohd Ghouth, manakala Total Sports diwakili Ketua Pegawai Undang-undang Total Sports Asia, Puan Paramjit Dhillon dengan disaksikan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Timbalan Presiden Total Sports Mohd Rafee Md Aris.

"Kita semua tahu Allahyarham Mokhtar pernah berbakti di PKNS suatu ketika dahulu. Oleh yang demikian, saya berharap dengan adanya pendekatan yang diambil ini, pemain-pemain di bawah naungan PKNS FC dapat mengambil inspirasi dari kehebatan legenda Super Mokh dan seterusnya mengharumkan nama kelab dan negara, kata Noor Hisham.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment