KEJAYAAN
melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich adalah pencapaian terhebat buat
bola sepak negara yang sehingga hari ini tidak mampu diulangi oleh generasi
baharu.
Meskipun
gagal melepasi peringkat Kumpulan A, Malaysia berjaya menewaskan Amerika
Syarikat (AS) 3-0.
Gol-gol
bersejarah pasukan negara ketika itu dijaringkan oleh Shaharuddin Abdullah,
Salleh Ibrahim dan Wan Zawawi Yusoff.
Bagaimanapun,
dua lagi perlawanan Malaysia berkesudahan tewas 0-3 kepada tuan rumah, Jerman
Barat dan 0-6 kepada Maghribi.
Biarpun
pada akhirnya menutup kempen di tangga ke-10 daripada 16 pasukan, berjaya
melayakkan diri dalam sukan No. 1 dunia dianggap pencapaian membanggakan buat
skuad bola sepak.
Malah,
pasukan negara ketika itu disambut bagaikan wira apabila pulang ke tanah air.
Selain
penyertaan bersejarah skuad bola sepak, temasya Munich 1972 dibarisi atlet
olahraga, lumba basikal, renang, menembak dan hoki.
Keseluruhannya,
kontinjen Malaysia dibarisi oleh 54 atlet yang bertanding dalam 21 acara,
meningkat 21 orang berbanding 33 sahaja yang dihantar dalam temasya empat tahun
sebelumnya di Mexico.
Pada
temasya 1968, jumlah penyertaan menurun kerana buat kali pertama kita
menghantar kontinjen tanpa atlet dari Singapura selepas negara itu bertindak
keluar daripada Malaysia pada tahun 1965.
Selain
hoki (18 pemain), olahraga menampilkan penyertaan terbanyak di Mexico iaitu 11
orang.
Penyertaan
Malaysia turut dilengkapkan oleh atlet daripada sukan berbasikal dan angkat
berat.
Kontinjen
negara di Mexico juga hilang sedikit ‘seri’ kerana buat kali pertama tidak
menampilkan atlet wanita.
Malah,
temasya itu akan dikenang sebagai antara pencapaian terburuk skuad hoki apabila
sekadar menamatkan kempen pada kedudukan kedua tercorot daripada 16 pasukan
bertanding.
Bagaimanapun,
M. Jegathesan (kini Tan Sri Dr.) menceriakan kem Malaysia dengan mengulangi
pencapaian Olimpik Tokyo 1964 apabila melayakkan diri ke separuh akhir acara
200 meter.
Malah, dia
turut mencatat rekod kebangsaan dengan kepantasan 20.92 saat pada pusingan
pertama dan catatan tersebut masih tidak mampu dipecahkan sehingga hari ini.
Pada
pusingan kedua, Dr. Jegathesan mencatat masa 21.01s dan catatan itu sedikit
perlahan dalam separuh akhir - 21.05s.
Jumlah
penyertaan Malaysia pada Sukan Olimpik 1976 di Montreal sedikit merosot dengan
hanya 23 atlet berjaya melayakkan diri iaitu tiga daripada olahraga, dua
menembak, seorang renang dan selebihnya hoki.
Ishtiaq
Mubarak berjaya mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila mara ke separuh
akhir 110m lari berpagar lelaki.
UTUSAN MALAYSIA
Prediction of the day
ReplyDeleteMalaysia dapat malu tahun ini..
ReplyDelete