Sunday, February 7, 2010

Alwi Ahmad meninggal dunia

ARENA lumba basikal tanah air kehilangan seorang tokoh apabila bekas jurulatih berbasikal kebangsaan, Alwi Ahmad, 76, meninggal dunia, semalam selepas hampir setahun terlantar sakit di kediamannya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Bapa kepada jaguh berbasikal negara, Rosman Alwi, pernah dua kali diserang angin ahmar menyebabkan dia tidak mampu lagi berjalan atau bertutur seperti biasa.

“Allahyarham adalah mentor saya dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi saya,” kata Rosman ketika dihubungi semalam.