Thursday, November 11, 2010

Perginya sebutir permata lumba basikal negara


Bekas jaguh berbasikal negara, Daud Ibrahim (kiri) menunjukkan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Asia 1970 di Bangkok. Rakan sepasukan, Ng Joo Pong (kanan) mendapat pingat gangsa acara 1,000 meter ujian masa perseorangan.


GENERASI hari ini mungkin lebih mengenali nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Josiah Ng atau Rizal Tisin dan beberapa pelumba terdahulu iaitu Rosman Alwi dan Murugayan Kumaresan.
Biarpun begitu, adakah antara kita masih mengingati nama Allahyarham Daud Ibrahim, yang memenangi pingat emas dalam acara lumba basikal pada Sukan Asia 40 tahun lalu?

Melalui acara trek 1,600 meter lepas beramai-ramai, Daud berjaya mengharumkan nama Malaysia buat pertama kali dalam arena lumba basikal Asia, bersama-sama Datuk Ng Joo Ngan yang memenangi acara lebuh raya dan sejarah itu masih kekal sehingga hari ini untuk setidak-tidaknya sebelum Sukan Asia di Guangzhou membuka tirai.

Dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1947, beliau mula menggegarkan arena lumba basikal tempatan selepas muncul Juara Terbuka Johor dan Terbuka Melaka pada tahun 1967.
Dua tahun selepas itu, Daud mula mewakili negara Sukan SEAP di Rangoon (Yangon) pada tahun 1969 namun pulang dengan tangan kosong.

Walaupun tewas, kekalahan Daud sebenarnya ekoran kesilapan teknikal yang dilakukan oleh persatuan lumba basikal pada waktu itu, yang menyebabkan Daud dan rakan-rakannya tewas sebelum berjuang.
Bagaimanapun, Daud memilih waktu yang tepat untuk menonjolkan diri di kalangan peminat sukan negara, apabila meraih pingat emas Sukan Asia Bangkok pada tahun 1970 di samping turut memungut satu gangsa.
Tahun 1971 merupakan tahun paling cemerlang dalam karier Daud apabila membolot empat pingat emas pada Sukan Seap 1971 yang menyaksikan dia dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun yang sama.

Beliau terus menyumbang bakti kepada negara dalam acara basikal apabila turut memungut satu pingat perak Sukan SEAP 1973. Daud juga mewakili negara pada Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Komanwel yang dilangsungkan di New Zealand pada tahun 1974.

Sebagai mengenang jasanya itu, beliau diberikan penghormatan menyalakan obor Sukan SEA XXI di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2001.

Rakan Allahyarham Daud, Shaharudin Jaffar yang pernah menjadi rakan sepasukan pada Sukan SEAP pada tahun 1969, mengakui Allahyarham mempunyai disiplin tinggi dan cukup komited ketika melakukan latihan.
''Sukar untuk jumpa mana-mana atlet yang mempunyai tahap komitmen seperti dirinya, dia cukup patuh kepada arahan jurulatih dan akan mengikut apa sahaja yang diarahkan.

''Malah, tiap-tiap hari dia akan tidur awal sebaik pukul 10 malam lagi bagi menjaga waktu tidur dan tahap kecergasannya.

''Sebelum pertandingan, sudah menjadi kebiasaan buat dirinya untuk tidak bercakap dengan sesiapa selama seminggu bagi mengekalkan fokus,'' kata Shaharudin, bekas Setiausaha Persekutuan Lumba Basikal Malaysia (PLBM) dan pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam penyertaan antarabangsa pada tahun 1965.
Katanya, walaupun selepas bersara daripada dunia basikal, Allahyarham masih cintakan dunia basikal apabila mengambil keputusan melatih 15 atlet di Muar.

''Saya anggap kehilangannya ibarat satu kehilangan besar dalam dunia sukan lumba basikal tanah air, pelumba muda pada hari ini harus menjadikan dia sebagai contoh jika mahu berjaya di arena antarabangsa,'' ujarnya.


Bekas Jurulatih Basikal Kebangsaan Daud Ibrahim Maut Dalam Kemalangan

REMBAU, 11 Nov (Bernama) -- Bekas jurulatih basikal kebangsaan yang juga jaguh lumba basikal negara, Daud Ibrahim meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah treler di Kilometer 232.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata Daud, 63, yang beralamat Jalan Daud, Muar, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi ketika Allahyarham dan juga treler berkenaan yang membawa kontena, sedang dalam perjalanan menghala arah selatan.

Pemandu treler Ja'afar Abu Bakar, 44, berkata kereta di hadapannya secara tiba-tiba keluar dari lorong kecemasan dan terus masuk ke lorong pertama menyebabkan beliau gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta itu, menyebabkan ia remuk.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mayat Allahyarham yang tersepit.

Allahyarham yang memenangi pingat emas Sukan Asia dan Sukan SEAP dalam acara berbasikal, pernah diberi penghormatan untuk menyalakan obor Sukan SEA ke-21 di Stadium Nasional pada 2001.

Allahyarham yang membuat penyertaan sulungnya pada Sukan SEAP 1969 di Rangoon, mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600m di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, beliau terus menguasai acara lumba basikal pada Sukan SEAP di Kuala Lumpur dengan meraih lima pingat emas, dan Allahyarham juga pernah mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel ketujuh di Christcurch, New Zealand pada 1974 dan Sukan Olimpik 1972 di Munich.

-- BERNAMA

Wednesday, November 10, 2010

Malaysian Contingent @ Guangzhou 2010 Asian Games


http://theguangzhou2010.blogspot.com/

You can follow the triumphs and challenges of our Malaysian athletes at the Asian Games including hot favourites Dato' Lee Choong Wei, Dato' Nicol David and Azizulhasni Awang. With compilation of the latest news from Guangzhou brought to you by Olympic Council of Malaysia. Please go to following links for more information.

Blog: http://theguangzhou2010.blogspot.com/

Facebook: Olympic Council of Malaysia

Twitter: Olimpik

Monday, November 1, 2010

Datuk Thanapalan Paul Murugasu passed away Monday morning at the Universiti Hospital


Datuk Thanapalan Paul Murugasu was the secretary of Football Association of Malaysia (FAM) from 1980-1987. During that period, football was going through its glory days and was enjoyed by almost everyone in Malaysia.

Datuk Paul was born on 8 September 1924 in Kuala Lipis in Pahang. He has his primary education in Kampar, Perak and completed his Senior Cambridge at Anglo Chinese School in Ipoh.

He worked as a teacher from 1948 to 1959, beginning at Trade School in Kuala Lumpur an later at the Kajang High School before moving to the Pasar Road English School.

He joined the Election Commission in 1959 and served as the State Election Officer in Kota Bahru (1961-1965), Seremban (1965-1970) and Kuala Lumpur from 1970 until his retirement in 1974.

Datuk Paul joined FAM in 1973. He served his “apprenticeship” with the dynamic Datuk Kwok Kin Keng in FAM taking over in 1980. He held the post for seven years and served under two presidents – Tan Sri Dato’ Setia Raja Haji Hamzah bin Abu Samah and HRH Sultan Haji Ahmad Shah.

He was honoured by the HRH Sultan of Pahang in 1983 and conferred a Datukship

Paul was given recognition as a sports administrator when he was inducted into the Olympic Council of Malaysia Hall of Fame in 2007.

Rest in peace...

Tuesday, October 26, 2010

Abdullah attends premiere of Disney on Ice

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his wife Datin Paduka Seri Endon Mahmood attended the premiere of Disney on Ice's Beauty and the Beast at Putra Stadium in Bukit Jalil last night.

The show is presented by the Olympic Council of Malaysia (OCM) with the support of the Table Tennis Association of Malaysia, Volleyball Association of Malaysia and the Wushu Federation of Malaysia.

Among the VIPs who attended the premiere were Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy, Youth and Sports Minister Datuk Hishammuddin Hussein, Star Publications (M) Bhd group managing director/CEO Datuk Steven Tan and OCM honorary treasurer and Wushu president Datuk Seri Kee Yong Wee.

Present at the premiere of Disney on Ice: Beauty and the Beast were (from left) Olympic Council of Malaysia honorary treasurer Datuk Seri Kee Yong Wee, Star Publications (M) Bhd managing director Datuk Steven Tan, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy. 
 
Before the show started, the OCM surprised Abdullah with a cake to celebrate his birthday which fell on Wednesday. The audience of some 7,000 joined in to sing “Happy Birthday” to the Prime Minister. The timeless Disney classic love story will be staged till Dec 7.

Kee said about RM600,000 had been collected from ticket sales which would be distributed to the OCM and three national sports associations.

”I am happy that the Prime Minister is here with his wife, children, in-laws and even his extended family. I believe there are about 100 people who are related to the Prime Minister who are here tonight. With this type of support, there is no wonder why the event is so successful,” Kee said.

Sunday, September 5, 2010

Yahya Jusoh semakin pulih


Ahmad Said (kiri) membantu Yahya Jusoh berjalan ketika mengunjungi bekas pemain bola sepak kebangsaan itu di rumahnya dekat Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh yang terlantar lumpuh sejak akhir tahun lalu, kini sudah semakin pulih.
 
Seangkatan dengan Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari, Yahya, 58, mula diserang penyakit lumpuh berikutan sakit tulang leher yang dialami pada November tahun lalu.

Dia yang menyarung jersi pasukan kebangsaan dari 1975 hingga 1981 berkata, keadaan kesihatannya semakin pulih selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Saya sudah pulih 80 peratus dan berharap dapat kembali berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di rumahnya di Permin Jaya di sini, semalam.
Penderitaan tonggak pertahanan Terengganu pada era 1970-an dan 1980-an itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) yang telah membiayai keseluruhan kos pembedahannya.
Yahya yang mula berkecimpung dalam arena bola sepak pada 1970 sebelum mewakili pasukan Terengganu bermula dari 1972 berkata, dia kini perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagi memastikan tahap kecergasannya semakin baik.

"Saya perlu melakukan rawatan fisioterapi sekali dalam seminggu selain rawatan ortopedik yang dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memantau perkembangan kesihatan Yahya yang telah membantu mengharumkan nama Terengganu dalam sukan bola sepak.

Menurut beliau, pihaknya juga akan memastikan bekas pemain bola sepak itu mendapat rawatan terbaik.
"Kita sentiasa memberi perhatian kepada beliau yang merupakan bekas pemain negeri dan kebangsaan," ujarnya.

Wednesday, September 1, 2010

Obituary: Sabah great dies

The late Datuk Gabuh Piging showing a photograph of himself in
action during a visit by the National Athletes Foundation (Yakeb) to his home in Kampung Lomondou, Tambunan recently.
 
The late Datuk Gabuh Piging showing a photograph of himself in action during a visit by the National Athletes Foundation (Yakeb) to his home in Kampung Lomondou, Tambunan recently.
 
The late Datuk Gabuh Piging showing a photograph of himself in action during a visit by the National Athletes Foundation (Yakeb) to his home in Kampung Lomondou, Tambunan recently. 
SABAH’S most illustrious track and field athlete Datuk Gabuh Piging died in Tambunan on Tuesday evening. He was 78.

At the height of his career, Gabuh competed in the long jump and triple jump in the Olympics as well as the British Empire and Commonwealth Games between 1956 and 1962.

Gabuh also had the distinction of holding the national triple jump record of 15.16m for 25 years between 1962 and 1987 before it was bettered by another Sabahan, Sidek Sahak.
The former drum major with the police force succumbed to a series of illness and old age, according to friends who visited the family at their home yesterday.

Sabah Amateur Athletics Association president Paiman Abdul Karim said Gabuh had been an inspirational figure to many athletes from the 1960s.

Former sprinter Surahmat Sunarno echoed similar sentiments about Gabuh, who was known for his determined and commanding character both on and off the track


Read more: NST

Malaysia kehilangan legenda bola sepak


SUASANA di hadapan rumah Allahyarham Isa di Sungai Ara, Pulau Pinang semalam.


LEGENDA bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi semalam setelah mengalami batuk berdarah yang teruk.

Beliau atau nama sebenarnya Isa Abu Bakar, 58, meninggal kira-kira pukul 9.40 pagi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Perak, George Town petang semalam.
Turut menziarahi jenazah beliau di rumahnya di Sungai Ara ialah bekas rakan-rakan sepasukannya seperti Datuk Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Santokh Singh dan Abdah Alif.

Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md. Ismail, tiga anak perempuan, Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah dan seorang anak lelaki, Muhd. Firdhaus, 16.
Menurut Mazlina, Isa dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak Khamis lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

"Kami tidak menyangka dia akan meninggalkan kami kerana kami berbual-bual elok malam tadi dan dia masih sihat, tetapi dia tiba-tiba meninggal pagi ini," katanya.
Semasa zaman kegemilangannya, Isa pernah membantu skuad negara memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran.
Beliau juga membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur setelah membelasah Burma (kini Myanmar) 8-1.

Allahyarham merupakan penyerang berkaliber bersama gandingan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 1970-an.
Dalam persada bola sepak tempatan, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya, Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974.
Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya, Telekom Utara.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi dunia bola sepak negara.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bintang yang pernah menyinari persada sukan bola sepak negara pada era 70-an.
"Jasanya tetap akan kita kenang dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman oleh Allah S.W.T," kata Annuar yang turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, K. Rajagobal berkata, pemergian Isa merupakan peristiwa sedih kepada negara di mana kehadirannya sautu masa dahulu telah memberi impak besar kepada arena bola sepak tanah air.

"Kita kehilangan salah seorang personaliti bola sepak veteran tempatan kerana dahulunya cara mereka (pemain veteran negara) bermain mempunyai perbezaan (dengan pemain sekarang) serta karektor permainan yang tersendiri dalam mencorakkan sesebuah perlawanan," katanya.
Bekas pemain bola sepak negara, Dollah Salleh berkata, satu ciri perwatakan yang tidak dapat dilupakan tentang Isa ialah sikapnya yang suka berjenaka dengan teman-teman.


ALLAHYARHAM ISA ABU BAKAR


"Saya mengenali beliau ketika perlawanan persahabatan bola sepak veteran antara negeri. Oleh kerana beliau veteran, saya memanggil beliau dengan membahasakannya sebagai abang.
"Ada saja cerita yang akan dibualkannya dan beliau sering menceriakan keadaan," katanya.

Chin Aun pula berkata, Allahyarham telah menghubunginya malam kelmarin untuk memberitahu beliau dimasukkan ke wad selepas muntah darah Khamis lalu berikutan masalah perubatan.
"Saya fikir ia tidak serius kerana Isa memberitahu saya yang doktor memberitahu beliau akan dibenarkan keluar Isnin ini (esok).
"Saya juga menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk bertanyakan keadaan beliau pagi ini (semalam) dan Isa membalas beliau okay.

"Saya tidak menjangka Isa meninggal secara tiba-tiba selepas beliau membalas SMS saya," katanya yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemain hebat. - Bernama

Monday, August 23, 2010

Student athletes make parents and teachers proud


IT was a proud moment for former national cyclist Datuk Ng Joo Ngan when his daughter Jillian Ng Siew Mei was adjudged one of the top students in the matriculation programme at the Bukit Jalil Sports School (BJSS).

Joo Ngan, who had represented Malaysia in many international competitions, said he was suprprised with Siew Mei’s excellent results in studies as well a sports.

“I was not the studious type during my younger days. I had devoted my time to cycling. But my daughter had proven otherwise. I was overwhelmed by emotions when she went on stage to receive her scroll,’’ said Joo Ngan.
Well done: Noor Hasliza Md Ali (left) receiving her certificate from Jalaludin while Marina watches.
 
He also disclosed that he had encouraged Siew Mei to take up cycling. But his wife Datin Nancy Teoh was against the idea.

“My wife was afraid that my daughter will sustain injuries while cycling. That’s the reason why Siew Mei opted for synchronised swimming. After seeing her progress in synchronised swimming, I do not have any reason to complain.

“She has made us proud and we are happy,’’ said Joo Ngan.
Siew Mei, who is pursuing a event management course at the Taylors University College in Kuala Lumpur, was a student at the BJSS for eight years. The 19-year-old Siew Mei, who has represented Malaysia in the 2006 Doha Asian Games as well as the 2007 World championships,said she enjoyed her stay in the BJSS.
“I joined the BJSS when I was in Form One. The teachers were very helpful. Without their guidance, I don’t think I could have excelled in my studies and sports.

“I was able to divide my time between synchronised swimming and studies,’’ said Siew Mei.

Besides Siew Mei, badminton player Michelle Yeow Mei Zi, athlete Phang Hua Mei, synchronised swimmer Lee Zhien Huey and artistic gymnast Nabihah Ali were ranked among the top students.

Passed with flying colours: (from left) Nabihah Ali, Katrina Wong Suen Nee, Jillian Ng Siew Mei and Phang Hua Mei.
 
BJSS principal Marina Chin said she was happy with the students’ excellent results.
“Now you all have another journey to continue. I would like to see all you students do well in university,’’ said Chin.

Former national quartermiler Sean Paul was also present at the ceremony. He shared his experience with the students.
“There is no short cut to success in sports and studies. You have to overcome the odds to excel in both,’’ said Paul.

Education Ministry sports division deputy director Jalaudin Othman presented the certificates to the students.
The graduates: Michelle Yeow Mei Xi, Jillian Ng Siew Mei, Phang Hua Mei, Lee Zhien Huey, Nabihah Ali, Katrina Wong Suen Nee, Wahidah Ismail, Wan Siti Haniza Wan Izahar, Gomagan Sony Rajaa, Ng Jo Wen, Zulhijjah Azan, Elyong Matin, Loo Yik Xiang, Ivan Yuen, Ng Shin Yii, Erni Syazwani Azman, Rafiuddin Che Omar, Jaime Lee Yoke Jeng, Muhammad Izzuddin Abdul Rahim, Nor Farah Afiqah Md Taufeek, Tiffany Chase- Currier, Kevin Yeap Soon Choy, Mohamd Rohaizad Jamil, Wan Mohamad Akmal Hakim, M. Yokananthini, Kumang Jamit, Muhammad Radhi Hasim, Diyana Zuhaili Mohamad Mazli, Nik Asraf Qaedi Nik Azizan, Mohd Ammar Fitri Zainol, Liew Tek Wa, Tg Emanina Laily Tg Zahri, Nur Syamimi Mohd Yusoff, Uriel Yu En French, Noor Hasliza Md Ali, Danial Azuan Amar Nand, Azroul Fazly Mohamed Yusoff, Siti Munirah Jusoh, Mohamad Sabri Mohamad, Azreen Rizal Nasir, Junaidin Bardin,Nuraini Abdul Rashid, Maisarah Aminludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Farah Ayuni Yahya, Razlee Amree Mustafar, Nurul Fatihah Jamahuri

Sunday, August 22, 2010

James Selvaraj Appointed BAM High Performance Director

KUALA LUMPUR, Aug 20 (Bernama) -- Former national shuttler and coach Datuk James Selvaraj has been appointed Badminton Association of Malaysia (BAM) High Performance Director, announced BAM president Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Mohd Nadzmi said Selvaraj, who is also Senior Manager of Bata Marketing Sdn Bhd, was the best candidate for the post, not only because of his background in the sport but also for his vast experience in management.

"Datuk James brings together with him a wealth of experience in the sport of badminton.

"He has represented the country as a player and coach. He also has vast experience in management and thus making him the most suitable candidate for this very important post," said Mohd Nadzmi in a statement here Friday.

He said Selvaraj would begin his work on Sept 1, working with BAM Coaching and Training Committee, coaches and players, in all aspects of the national team's high performance programme, including national training and coaching programmes.

"In view of this, BAM hopes to produce success as demonstrated by podium performances at World Championship and Major Games and the development of a strong, sustainable feeder system through which the next generation of champions will be produced," he said.

Selvaraj was a former national shuttler during the late 1970s. Among his achievements were a bronze medal in the 1977 Sea Games in Kuala Lumpur, runner-up in the 1976 Thomas Cup in Bangkok and a bronze medal at the 1978 Commonwealth Games in Edmonton.

Meanwhile, in the same statement, Nadzmi said BAM had decided to increase incentives for players or pairs who emerged champion in the BWF World Championships in Paris, held from Aug 23-29, from RM30,000 to RM50,000.

"This is to give additional encouragement and also to serve as a reminder to all players that BAM is always ready to motivate and provide increased incentives for winning major events," he said.

-- BERNAMA

Wednesday, August 18, 2010

“Legenda Sukan Malaysia”

Astro Arena (Saluran 801) menyajikan anda program “Legenda Sukan Malaysia” yang akan di hoskan oleh Datuk Rahim Razali. Program khas sempena bulan kemerdekaan ini akan di tayangkan selama 30 minit berkisar tentang atlit legenda yang telah melakar nama mereka di persada antarabangsa dan juga tempatan, berkongsi kisah hidup dan kenangan... mereka. Dekati legenda sukan Malaysia dalam era kecemerlangan sukan Malaysia.

 
 
 
 
 
Siaran waktu di Astro Arena (Saluran 801)

Dato'Soh Chin Aun (19 Ogos 2010, 8.30 mlm)
Dato'Yogeswaran a/l Rajaratnam (22 Ogos 2010,8:30 mlm)
Dato' Misbun Sidek (6 September 2010,9:00 mlm)
Tan Sri M Jegathesan (8 September 2010,9:00 mlm)

Monday, August 2, 2010

Kenali Legend : Azizul Abu Haniffah





Gua rase ramai kot dah lupe kat die ni. Azizul Abu Haniffah, name yang gua rase amat besar ketike bersekolah rendah. Mase tu reason yang membuatkan gua ke stadium adalah untuk tengok Azizul.
"Moh yob, siap lekas... lambat nanti abah tinggei kamu." itulah ugutan abah gua yang selalu mengugut untuk gua bersiap awal, sebelum ke Stadium Ipoh sekitar tahun awal 1990'an.





No. 12 (Azizul Abu Haniffah)




Mase zaman ni, jersey no. 12 yang dipakai Azizul merupakan rebutan ramai seluruh rakyat negeri perak ketike itu. Pantang no. 12 semue deme nak sambor. Karier awal azizul bermula sekitar lewat 1980'an dan kemuncak karier bermula pade zaman semi-pro. Kalau tak silap gua die yang berasal dari Teluk Intan pernah bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sebuah bangunan disebelah mahkamah Majistret di Ipoh.



Skuad emas sukan sea 1989
barisan belakang dari kiri...azmi mahmud, lee kin hong, mubin mokhtar (?), radhi mat din, razip ismail, dollah salleh, rashid hassan, zainal abidin hassan, azizul abu haniffa(?), a.anbalagan, ahmad yusof, yap kam choon

barisan depan dari kiri... shebby singh, (?), subadron aziz, p. ravindran, chow siew wai, k. ravichandran (?), see kim seng, lim teong kim, naina mohd

Di Perak, die digandingkan dengan pemain di era tersebut seperti Nidzam Adzha Yusoff, P.Ravindran, Roafandi Yusoff, Nazreen Chong dan tenaga import ketike itu Aun Ning dan Kwy Lywn dari Burma yang kini dikenali Myanmar. Azizul juge pernah mengetuai pasukan kebangsaan sebagai Kapten sekitar tahun 1990'an. Bermain di posisi Midfield membuatkan die sering merancang corak permainan dan lebih dikenali pade zaman tu sebagai Arkitek.




Skuad Negara 1983 President South Korea Cup , (duduk tengah) Azizul Abu Haniffah



Pencapaian yang gua masih ingat lagi dan gua merasai detik tersebut. Dimane gua masih berumur budak tadika pada tahun 1990. Stadium Merdeka menjadi saksi dimana Piala FA pertama dipertandingkan menjadi milik Perak, dengan kemenangan 4-2 mengatasi Selangor setelah ketinggalan 2-0 di separuh mase pertame. Gua hanye tercengang dengan keadaan pade ketike tu, sebab tak pandai nak mencarut maki Reff lagi. itu adelah Final Game pertame gua dalam hidup dan gua kenang sampai bile-bile....


Karier Azizul Abu Haniffah berakhir dengan penangkapan bersama 10 pemain bolasepak Perak yang lain atas tuduhan rasuah. Gua rase ini adelah zaman gelap bolasepak, ramai juge pemain dari pasukan lain yang terlibat juge ditahan. Info yang gua dapat Azizul kini melatih team Perodua di Rawang.
 

Kenali Legend : Hassan Sani




Die lahir pada 12 Mac 1958 merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah dan Kuala Lumpur dalam penghujung tahun 1970 'an - 1980'an. Die merupakan bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas dalam skuad Malaysia. Gua rase gelaran tu takde kene mengene dengan lagu Wings kot.






Training team kebangsaan



kariernye bermule 1974 bersama Sabah FA, tahun dimane bermulenye total football. Die merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan oleh Sabah selain James Wong. Ke'lipas kudungannye' teserlah dalam Liga Malaysia, sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Lebih-lebih lagi mase tu die tag team dengan James Wong. Die juge merupekan penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejuaraan hinggakan gandingan Hassan-James dikenali sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.






Sebelum kick off, Kelayakan Olimpk 1980




Terbang si Lipas Kudung....


Karier awal dengan team kebangsaan pade Piala Presiden di Seoul, Korea Selatan. mase tu, die masih pemain simpanan dan idolanya allahyarham Mokhtar Dahari tag team dengan Isa Bakar. Kemuncak karier dengan team kebangsaan ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Saat moment of glory ni tercipta apabila Khalid Ali passing bola kepade Hassan, die yang digelar lipas kudung membuat larian pantas dan terus passing kepada James Wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1.






Tag team, Hassan-James


Walaupun layak ke Olimpik, kerajaan Malaysia pade ketike itu berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan.Pade ketike itu sukan Olimpik dilangsungkan di Moscow. Rugi pulak gua rase.....

Hassan Sani pencen dari bolasepak pade tahun 1986. Seingat gua die jugak pernah bermain bolasepak pantai dan kini die bekerja di Pelabuhan Sabah. Walaupun dah pencen die tetap bermain bolasepak untuk veteran dan peringkat daerah di sabah.
 
 

Jom Kenali Legend : R. Arumugam







Dilahirkan pade 31 Januari 1953. Die merupekan watak penting kubu pertahan pasukan. Tapi, posisinya tidaklah segah Striker. R. Arumugam merupakan penjaga gol yang tersenarai dalam senarai legend di Malaysia. Gua tak berape pasti sangat info yang gua dapat ni. seandainya bercanggah gua mohon ampun.


Mewakili Selangor



The Spiderman


Merupakan anak jati Selangor dan memulekan karier bersame pasukan negerinye seawal usie 18 tahun. Kejohanan pertame baginye adelah Burnley Cup Youth pade tahun 1971. Pade era tahun 1972-1988 die memenangi Piale Malaysia sebanyak 8 kali bersame Selangor. Menurut kate Abah gua die ni merupekan seorang penjaga gol yang memiliki lengan yang panjang dan cekap. Die digelar Spiderman pade ketike itu oleh seluruh peminat.







Belakang: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.Tengah: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, team official. Depan: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh



Arumugam the Spiderman kali pertamenye dipanggil untuk mewakili team kebangsaan adalah pade tahun 1973. Pade tahun tersebut die dipanggil untuk menghadapi kelayakan piale Dunie di seoul, Korea Selatan. Selame besame team kebangsaan die telah memenangi Piale Bolasepak Merdeka sebanyak 4 kali (1973, 1974, 1976,1979). Gua rase ni adelah pencapaian terbaik bagi penjage gol Malaysia setakat ni. Kejayaan terbesar yang dikecapi bersame team kebangsaan adelah memenangi pingat Gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Gilerrr arrr.... Respek Beb!!!Die juge merupekan salah seorang dari pemain team kebangsaan yang layak ke Olimpik pade tahun 1980. Sepanjang bersame Malaysia die telah memegang sebanyak lebih 200 caps.


Pade 1983 die secare rasminye bersare dari Bolasepak. Pade tahun 1988 takdir telah menetukan die meninggal dunie akibat kemalangan. Die meninggalkan Isteri dan due orang anak perempuan sepanjang hayatnye.


Wednesday, July 28, 2010

Visit of Undergraduate Students of Yogyakarta State University to OCM

Darshan Singh dipilih Naib Presiden ISF


KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA), Tan Sri Darshan Singh Gill telah dipilih sebagai naib presiden Persekutuan Papan Luncur (Skateboarding) Antabangsa (ISF).

Pemilihan Darshan sebagai calon pertama dari Malaysia dan juga Asia dilakukan semasa Perhimpunan Agung ISF di Boston, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

"Perhimpunan Agung itu diadakan sempena Kejohanan Papan Luncur Sedunia di Boston. ISF dianggotai oleh 81 buah negara,” kata Darshan di sini, hari ini.

Bekas presiden Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) itu berkata, hanya seorang peserta Malaysia, Kieron John Brodie mengambil bahagian pada kejohanan dunia itu.

Selepas melepasi pusingan awal, dia layak ke pusingan akhir sebelum menduduki tangga ke-31 daripada 57 peserta pada kejohanan dunia itu, katanya.

"Ini membuktikan peserta negara semakin berani untuk menempa nama dalam sukan ekstrem dunia,” katanya. - Bernama

Thursday, July 15, 2010

Obituary: Teik Hock leaves Thomas Cup legacy

Law Teik Hock (seated right) poses with the Penang players in the Malaya squad who won the inaugural Thomas Cup in England in 1949.
Law Teik Hock (seated right) poses with the Penang players in the Malaya squad who won the inaugural Thomas Cup in England in 1949.
 
FORMER badminton ace Law Teik Hock, who was a member of the Malaya squad who won the inaugural Thomas Cup in 1949, died of old age at his residence at Taman Nirwana in Jalan Anson, George Town yesterday. Teik Hock, 89, who died surrounded by family members and close friends, played as the first singles in the final held in Preston.

Teik Hock leaves behind wives Khoo Cheng Poh, 70 and Ng Suan Gaik, 69, and son Law Beng Yeow, 41, who said his father's last wish was to see all his close friends and relatives, which his family fulfilled.

"My father's body will be laid to rest at the Batu Gantung Chinese graveyard at 2pm tomorrow (today).
"Those wanting to pay their last respects can do so before the funeral service," he said when met at his house.

Beng Yeow said before his father died, he fractured his backbone after falling from the wheelchair.

Malaya defeated Denmark 8-1 to lift the Thomas Cup in 1949 where Teik Hock was involved in two singles matches.

Teik Hock was promoted to first singles after Wong Peng Soon was forced to skip the final due to injury.

In the first singles, Teik Hock thrashed Jorn Skaarup 15-5, 15-0 but lost 15-11, 15-1 to Mogen Felsby in the reverse singles.

After his retirement from badminton, Teik Hock worked at a private hospital in Penang.

Wednesday, July 14, 2010

Commonwealth gold medallist Ang Li Peng obtains law degree


KUALA LUMPUR: Badminton gold medallist Ang Li Peng has gone on to conquer another “court” since hanging up her racquet in 2003.

Always one to overcome the odds, the gritty 29-year-old from Banting achieved her goal of obtaining a law degree, graduating last month at the University of Manchester.

Major victory: Ang with a picture of her and former doubles partner Lim Pek Siah after they won the Commonwealth doubles gold in 2002.
 
Many questioned her decision when she gave up badminton at the peak of her career after winning the 2002 Commonwealth Games badminton doubles gold medal with Lim Pek Siah in Manchester.

The pair had created history by being the first Malaysians to win the Commonwealth doubles’ gold me­­dal.
“I achieved my ultimate dream of winning gold before retiring. How many people have had the chance to do that?” asked the once-shy girl who is now a confident law graduate.

Her success in, and out, of the badminton court certainly did not come easy.
“I could not even speak English properly and used to stutter. Imagine how difficult it was for me when I did my A-levels in 2005, seven years after taking my SPM exam,” she said, adding that she made the decision to quit the sport and return to her books as she realised that a good education would secure her future.
Admitting that there were times when she felt like throwing in the towel, she said she also lost direction and did not know what course to pursue at one juncture.

Fortunately, she never let these initial problems affect her. She completed her A-levels before pursuing her Bachelor of Law degree at the university.

“It was akin to a badminton novice playing with Lin Dan, who sprays unpredictable shots all over the court. But the person gets better after playing with him several times,’’ she said.

Ang reserved special words of praise for her family, and friends like badminton lover Datuk Seri Andrew Kam, who owns the KLRC badminton club which has sponsored many badminton players around the world.
The determined Ang said she took up law because she believed in “justice, fair play and equality”.


Ghani kendali program klinik bola sepak YAKEB

LEGENDA bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat akan mengetuai bekas bintang bola sepak negara dalam Program Jom Sukan Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) di padang Ragbi Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Selain Ghani, turut serta dalam program itu ialah Hassan Sani, Khalid Ali, Bakri Ibni, Dollah Salleh serta beberapa bekas pemain lain yang akan mengadakan klinik bola sepak kepada kira-kira 80 pelajar bawah 11 dan 14 tahun.

Pengurus Besar Yakeb, Md Razib Md Shah berkata, program anjuran bersama Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) itu bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap bola sepak di samping mengenali lebih dekat bekas bintang bola sepak negara

Pelajar dari sekitar Ipoh berpeluang mempelajari teknik dan taktik tetapi lebih penting, YAKEB berharap generasi muda akan menjadikan bekas bintang ini sebagai idola berbanding bintang luar negara,” katanya.

Peminat di sekitar Bandaraya Ipoh juga berpeluang menyaksikan bekas bintang bola sepak negara mengimbau kemahiran mereka apabila bermain dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan membabitkan guru dan pegawai JPP pada sebelah petangnya

Monday, July 5, 2010

Perfect role model

Fifty years ago, on Merdeka Day, he was inspired to make it big in sports. Datuk Dr M. Jegathesan has scaled great heights in athletics, winning plenty of plaudits and accolades. His passion for sports has not waned.



DATUK Dr M. Jegathesan flashed a broad smile. “You can call me the almost 50-year Merdeka man!” he grinned. “That's exactly how long I have been involved in sports.”
Indeed, he is.


Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan
After dominating junior athletics for several years, he burst onto the international scene in athletics in 1959 – just two years after Prime Minister Tunku Abdul Rahman declared our independence.

It was on Merdeka Day that Jegathesan was inspired to make it big in sports as a 14-year-old.

“I was studying in Singapore when I was younger. I came back to witness (the declaration of) Merdeka. I was at the Selangor Padang on the eve and the morning of the celebration. My dad (N.M. Vasagam), a financial assistant, was busy with the celebration,” said Jegathesan.

“My dad was really into sports. In fact, he was the founder member of the Federation of Malaya Olympic Council (now the Olympic Council of Malaysia). I remember that he paid the RM25 registration fee. That was big money those days,” he smiled again.
In fact, both Jegathesan’s father and brother M. Harichanda were members of Malaysia’s first-ever contingent to the 1956 Olympic Games in Melbourne.

“My father was then the team manager of the first Malaysian squad to the Olympics and my brother took part in the 800m. That was when I became aware of the Olympics,” he said.

“Those days, we did not have television. I went to a cinema two months after the Melbourne Olympic Games. Usually, 15 minutes before the movie, they would begin with the news. On that day, they showed clips of the Games. I knew what it meant to be an Olympic winner.

“But it was on Independence Day that I was really inspired.

“I remember the national anthem was played for the first time and the Malaysian flag was raised. It was great to be part of that historic moment,” recalled Jegathesan.

“At that moment, I told myself that it would be great to hear the national anthem and see the Malaysian flag raised again when I win honours in sports for the country.


Still in the fray: Jegathesan (third from right) talking to some athletes back in 1985.
“It did not take me long to realise my dream,” he added.

Just four years later, the national flag was raised three times – just for him – at the 2nd SEAP Games in Rangoon.

The rest is history. M. Jegathesan remains probably the greatest sprinter the country has seen with his 100m and 200m records yet to be surpassed.

Athletics, however, was not his only forte.

While burning up the track, he also graduated as a medical doctor – earning him the famous nickname of “the Flying Doc”.

Later, he was involved in the country’s sports administration and is currently going strong as the Olympic Council of Malaysia’s (OCM) vice-president, a medical adviser (including serving for two years with a UNDP-affiliated council on health and research in Geneva) and a lecturer at the age of 63.

His 32 years in the Health Ministry also culminated in Jegathesan serving as the deputy director-general (research and technical support) and also the director of the Health Ministry’s research programme.
“Malaysia has changed and we have to understand and accommodate the changes. We cannot treat changes in sports in isolation. The society has changed and, naturally, it affects sports. Nowadays, it is hard to find a volunteer. Even volunteers want to be paid,” he said.

“But Malaysian sports is not all that bad. In the world, we are top in squash, top four in badminton, top three in bowling and top 12 in hockey. The success in sports for Malaysia has shifted from the basic sports like athletics to the new sports like bowling and squash.”

While in a pursuit of sporting glory, Jegathesan hopes that today’s athletes will not neglect intellectual growth.
“I remember that during my running days, when there was a break between runs, I would take out my small notebook and revise. This habit does not die, you know,” he said, pointing to his small notebook filled with scribbles.

“I still jot things down. But I try to keep up with times. I carry a thumb drive around – it is so much easier than carrying all the documents,” he laughed aloud.

“Now, with the e-mails, the communication barrier is broken. It is so fast that I make sure I check my mails twice a day to stay abreast.

“Our full-time athletes have spare time. What do they do with it? Sometimes, athletes need intellectual distraction. They need diversion from daily training routines. Sporting pursuit is not enough; it must be in tandem with intellectual pursuit. Then, there is a balance.”

Over the 50 years, the most significant changes would probably be the way the athletes are showered with incentives for the excellence in sports. Sports has, in fact, become an area in which one can make a living.
Jegathesan, the first Malaysian to win an Asian Games gold in 1962, agreed that sports has become a money-making business. Asked about his thoughts on this, he quoted what Czech athlete Emil Zatopek, a three-time gold medallist at the 1952 Olympic Games in Helsinki, said: “You do not win races with money in your pocket but you win it with courage in your heart and a dream in your head.”

Then again, he is from a different era.
With his courage and dream, Jegathesan has become a successful Malaysian personality in sports and in medicine – he has won both the National Sportsman award and the National Scientist award.
Now, 50 years on, it is for other 14-year-olds to be inspired by him.

Sunday, July 4, 2010

Largest Single Collection Of Olympic Torches In Singapore for Singapore 2010 Youth Olympic Games

A collection of 16 original Olympic Games Torches on loan from The Olympic Museum Collections have arrived in Singapore ahead of the Singapore 2010 Youth Olympic Games (Singapore 2010).

These Torches – from 16 Olympic Games spanning 1936 to 2008 – will be on display at two exhibitions in August: Blazing the Trail at Level 3 of the International Convention Centre, and More Than Winning, which will be held at the Youth Olympic Village (YOV). This will be the first time that such a large collection of Olympic Torches are on exhibition in Singapore.

The exhibitions are produced in partnership with a curatorial team from the Singapore Philatelic Museum as part of the Culture and Education Programme for athletes and the public. Through artefacts – such as the Torches and Olympic medals – informative exhibition panels and interactive multimedia exhibits, the exhibitions will vividly illustrate how Excellence, Friendship and Respect have propelled the Olympic movement, right though to the creation of the Youth Olympic Games.

GOH Kee Nguan, SYOGOC’s Chief Executive Officer, says, "It will be a rare opportunity for everyone to see 16 original Olympic Torches in Singapore. These Torches, kept since 1936, are rich treasures of the Olympic Movement. I hope Singaporeans and visitors will enjoy the exhibition and experience part of the rich Olympic history."

Tresnawati Prihadi, General Manager, Singapore Philatelic Museum, says, "The inaugural Youth Olympic Games is a once in a lifetime event. We are very honoured to have the privilege to be part of this milestone event."

Exhibition details:
Blazing the Trail Exhibition at ICC Level 3
Date: 15 August to 25 August 2010
Time: 10:00am to 9:30pm daily
Free Admission

More Than Winning Exhibition at the YOV
Date: 13 August to 25 August 2010
Time: 10:00am to 8:30pm daily
Open to residents and visitors to the YOV only
Singapore 2010 – Blazing the Trail

Sunday, June 13, 2010

World Cup Football Activities at the Olympic Sports Hotel



World Cup Football fever has hit the World and Malaysia is no exception. In keeping with the hype, the Olympic Sports Hotel, located in Wisma OCM, home of the Olympic Council of Malaysia has set up a FIFA World Cup exhibition of photographs, souvenirs, mementos and memorabilia of past FIFA World Cup Championships and some exciting activities at the Olympic Coffee House, for sports fans in general and Football enthusiasts in particular.

Mr. Ow Soon Kooi, Chairman of Olympic Sports Hotel, who himself is a two time Olympian, having represented Malaysia at the Montreal 1976 Olympic Games and the Los Angeles 1984 Olympic Games, had taken great pains and efforts to create a very attractive ambience to commemorate the South Africa 2010 FIFA World Cup.

Members of the Olympic Council of Malaysia and other sports and Football fans are most welcomed to visit the Olympic Sports Hotel South Africa 2010 FIFA World Cup exhibition and watch the 2010 World Cup matches live on a big screen located at the Coffee House of the Olympic Sports Hotel, in a truly FIFA World Cup environment.

Photos:


“Football is Life” poster signed by Joao Havelange, FIFA President 1974 to 1998.


View of the part of the Olympic Sports Hotel Coffee House, where fans can watch the live matches with France 1998 FIFA World Cup posters on the wall.


Souvenirs, mementos and memorabilia of South Africa 2010 FIFA World Cup


Posters of Dunga with the World Cup in 1994 and framed Brazilian Jersey signed by him. Dunga is the present Coach of the Brazilian Team.


Brazilian Jersey signed by Ronaldo, striker of the Brazilian national team, which won the 1994 and 2002 FIFA World Cups. At the 2006 FIFA World Cup, he became the highest goal scorer in the history of the World Cup with his fifteenth goal, surpassing Gerd Muller’s previous record of 14.


Autographed jersey of Roberto Carlos, fullback of the Brazilian national team. He is a member of the Brazilian team which won the 2002 FIFA World Cup.


Posters of the German national team of the Mexico 1970 FIFA World Cup and showcase of , souvenirs, mementos and memorabilia.


Poster and jersey of Brazilian national team, winner of the 1994 FIFA World Cup.


Autographed jersey of Ossie Ardiles, mid fielder of the Argentinian national team, which won the 1978 FIFA World Cup. The small photograph shows Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin with Ossie Ardiles.


Autographed jersey and boots of Oliver Khan, goalkeeper of the German national team, which finished in second place at the 2002 FIFA World Cup. Kahn won the Lev Yashin Award for the best goalkeeper of the 2002 FIFA World Cup, and became the first goalkeeper in history to win the Golden Ball for the best individual performance.


Autographed jersey of Franz Beckenbauer, nick-name Der Kaiser, libero of the German national Team. Captain of the German that won the World Cup in 1974 and manager of the German team that won the FIFA World Cup in 1990.


Posters of France 1998 FIFA World Cup.


Autographed jersey of Jurgen Klinsman, striker of the German National team, which won the FIFA World Cup in 1990. He was the Manager of the German national team, which finished third in the 2006 FIFA World Cup.


Autographed jersey and boots of Gerd Muller, striker of the German national team, which won the FIFA World Cup in 1974.


Autographed jersey of members of the German national team.


Autographed jersey of Johan Neeskens, mid fielder of the Netherlands national team. He was a member of the Netherland team that finished as runner-up in the 1974 and 1978 FIFA World Cup.


Autographed boots and ball of Johan Neeskens, mid fielder of the Netherlands national team. He was a member of the Netherland team that finished as runner-up in the 1974 and 1978 FIFA World Cup.


Some souvenirs and of France 1998 FIFA World Cup


Some souvenirs and of Korea-Japan 2002 FIFA World Cup


Some souvenirs and of past FIFA World Cup


Posters of past FIFA World Cup.


Posters of Germany 2006 FIFA World Cup