DARI khidmat pesanan ringkas (SMS) sehinggalah ke Whatsapp dan
Facebook, semuanya berlegar tentang khabar mengejutkan, "bekas Pengarang
Sukan Utusan Malaysia, Joseph Antony Marcose (gambar) meninggal dunia
pagi ini..."
Agak tersentak juga menerima khabar sedih itu apalagi pernah terdetik di hati ini untuk bertemu bekas boss yang banyak mencurahkan ilmu serta pengalamannya selaku wartawan hebat dalam dunia penulisan dan ulasan sukan.
Lebih dikenali dengan nama penanya, Joe Marcose, namanya terlalu sinonim di halaman sukan Utusan Malaysia.
Joe yang saya kenal, seorang yang lembut budi bicaranya, tidak lokek dengan pengalaman yang dimiliki selain sentiasa mahu berkongsi segala ilmu tentang penulisan sukan.
Bahkan sepanjang menjawat jawatannya itu, Joe Marcose yang terkenal dengan muka senyumnya tidak pernah meninggikan suara ketika menegur atau mengarah anak-anak buahnya di meja sukan.
Menerusi pengamatan saya, Joe Marcose memiliki aura yang begitu hebat dalam arena sukan tempatan. Seingat saya, ketika mula-mula menyertai meja Sukan Utusan pada 1984, terasa juga diri ini dibayanginya.
Bayangkan hampir setiap kali menghadiri sidang akhbar, nama Joe akan ditanya terlebih dahulu sama ada oleh rakan media bahkan pegawai sukan terlibat dengan majlis berkenaan.
Pada 25 Januari lalu, saya memasang impian untuk bertemu Joe Marcose dalam satu majlis reunion Sports Fame di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Ia satu majlis menghimpunkan bekas editor sukan akhbar-akhbar tempatan selain legenda dan bekas personaliti sukan negara.
Malang dan terkilan sebab kelibat orang yang dicari tidak kelihatan walaupun ia tahun kedua saya hadir ke majlis itu.
Berasal dari Batu Pahat, Johor, Joe Marcose menyertai Utusan Melayu pada 1 Jun 1982 untuk menjadi pemberita di beberapa unit sebelum diserap sebagai pemberita sukan, penolong pengarang berita sukan dan memilih untuk berhenti pada 1 November 2000 ketika menjawat jawatan Pengarang Sukan.
Saya rasa begitu kehilangan kerana ketiadaannya ketika itu membuat saya teraba-raba untuk mencari tempat membuat rujukan apatah lagi selepas dilantik menjawat jawatan Pengarang Sukan.
Gaya penulisannya yang begitu bersahaja membuat saya tertarik dan satu daripada artikelnya yang melekat di kepala saya pada tahun 1989 ialah temubualnya dengan jurulatih Kelantan, Mohamad Che Su dengan tajuk, Bola sepak bukan permainan orang perempuan.
Temubual itu diadakan khas sebagai menjawab kemarahan peminat sukan bola sepak ketika itu dengan corak permainan Kelantan yang dianggap robust atau kasar.
Sepanjang menjadi Pengarang Sukan di Utusan, Joe Marcose pernah membuat liputan dari Sukan SEA, Komanwel sehinggalah ke Sukan Asia.
Dan satu perkara yang tidak dapat saya lupakan apabila Joe meminta saya membuat kajian tentang trend pembaca ketika itu sambil berkata: "Sukan sudah banyak audien, kita perlu tambah muka sukan..."
Ternyata idea dan cadangannya berhasil. Halaman sukan akhbar Utusan Malaysia bertambah daripada hanya dua muka surat kepada lima.
Joe Marcose juga pernah menjadi antara wakil media Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengikuti satu lawatan ke ibu pejabat Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland dengan kemuncak kariernya meraih anugerah Penulisan Berita Sukan Terbaik anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Mendiang, yang merupakan Ke-tua Jabatan Media FAM dan pernah menjadi pegawai media Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meninggal dunia akibat kanser pada awal pagi semalam. Beliau pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otak pada 2012.
Kepada sahabat dan rakan-rakan yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Joe boleh hadir di Gereja Grace, 6 Jalan Persiaran Petaling, Seksyen 28, Taman Alam Megah, Shah Alam pada pukul 10 pagi ini.
Sesungguhnya, kita kehilangan seorang teman, rakan seperjuangan dan pejuang sukan yang komited dan dedikasi.
Selamat tinggal Joe Marcose.

No comments:
Post a Comment