Thursday, June 25, 2009

Malek Noor


FORMER national bodybuilder Abdul Malek Noor has won many accolades, including the Mr Asia crown six times and he is honoured to be inducted into the Olympic Council of Malaysia (OCM) Hall of Fame.

Abdul Malek, who was the 1986 Sportsman of the Year, was one of the 10 sports personalities, honoured during the Coca-Cola Olympian of the Year 2007

Abdul Malek, the executive director of Universal Fitness and Leisure (UFL) as well as the president of Gym Rakyat, said he felt proud to line up alongside the sports personalities.

A proud moment: (From Left) Abdul Malek with Billy Ng, Yew and Shaharuddin after they all received medals for being inducted into the OCM Hall of Fame.

“I have won many awards but to be listed with these personalities is the biggest honour. I am indeed proud to be appreciated for my contributions to bodybuilding,'' said a beaming Abdul Malek.

1985

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

1986

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

1987

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

1988

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

1989

South East Asian Games - IFBB, HeavyWeight, 2nd

1990

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

1991

Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

Sazali Samad





Sazali Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia

Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Sazali Samad yang sudah berkahwin banyak melakukan senaman angkat besi di pusat latihan bina badan Polis Di Raja MalaysiaPDRM di Bukit Aman dan juga di gimnasium di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli bina badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha Qatar.



Pencapaian

2007
  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61[1] , kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan
2006

2005
2004
2003

2000

1999

1998

1997

1996

  • Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah

2007



Sazali, anda memang hebat!


SAZALI Samad dijulang rakan sekerja Polis Diraja Malaysia sambil menayangkan trofi Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.


SEPANG – Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61, Sazali Samad menyifatkan kejayaan merangkul gelaran keempat di Jeju, Korea Selatan, Ahad lalu itu sebagai satu kejutan bukan sahaja kepada dirinya bahkan pencabar dan barisan juri.

“Kejutan bagi saya kerana ia satu kategori baru (lightweight 70 kilogram) selepas sekian lama dalam bantamweight 65kg. Lagipun saya cuma sasar tiga tempat teratas pusingan akhir,” katanya setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Sazali, 40, anggota polis berpangkat sarjan, turut mengakui dia dapat merasai kejutan pada riak wajah pencabarnya terutama naib juara lightweight tahun lalu, Richard Riedl dari Slovakia yang hanya meraih tempat ketiga kali ini dan pemenang perak, Patrick Ostolani dari Jerman.

“Mereka dan panel juri seperti tidak menyangka saya mampu menceburi lightweight apatah lagi menjuarainya namun tentangan mereka memang sengit dan saya cuma menang dengan perbezaan mata yang cukup tipis,” katanya yang mendapat sambutan kepulangan seorang wira daripada kaum keluarga dan rakan sekerja.

“Saya juga tidak memperkecilkan pencabar lain seperti dari Eropah mahupun Asia Tenggara seperti Thailand dan Myanmar. Mereka hebat-hebat belaka,” kata Mr. Universe bantamweight di Melaka pada 2000, Moscow 2004 dan Ostrava 2006 ini.

Kata anak jati Batu Pahat, Johor ini, agak merisaukannya ialah apabila diserang kekejangan otot tiba-tiba tetapi mujurlah semangat cekal untuk terus mencipta sejarah bina badan negara memulihkan semula tumpuan kepada persembahan di pentas.

Kata Sazali, latihan pesat dalam menghadapi kejohanan anjuran Persekutuan Ahli Bina Badan Antarabangsa (IFBB) itu sejak empat bulan lalu turut banyak membantunya selain sokongan khidmat nasihat dan teknikal Majlis Sukan Negara (MSN).

Kejayaan gemilang itu turut melayakkannya meraih duit raya sebanyak RM20,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Kelas 2 iaitu ganjaran tetap untuk atlet yang menjuarai sebarang kejohanan bertaraf dunia yang diadakan secara tahunan.

“Memang berbaloi apabila menang setelah saya terus berpantang larang dengan pelbagai makanan walaupun ketika Aidilfitri, baru-baru ini. Kejayaan ini juga berkat doa seluruh peminat sukan tanah air,” katanya yang berlatih ke Jeju tanpa khidmat jurulatih khusus.

Milos Sarcev dari Amerika Syarikat yang pernah melatihnya menghadapi Sukan Asia Doha, tahun lalu, telah menamatkan kontraknya dengan MSN selain masih menjalani hukuman penggantungan 12 bulan kerana mengkritik seorang pegawai Persekutuan Bina Badan Asia (ABBF).

Tuduhan itu disiarkan oleh media Malaysia selepas Sazali kempunan emas di Doha apabila kalah kepada peserta tidak ternama dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Salem Abdulla Zahmi sedangkan beberapa bulan sebelumnya dia menggondol gelaran dunia di Ostrava.

Sazali yang turut dikejutkan seorang atlet Filipina dalam Sukan SEA 2005, hanya akan ke temasya dwitahunan itu di Korat, Disember ini sebagai jurulatih tiga muka baru - Buda Anchah (bawah 70kg), Mohd. Salim Mat Salleh (bawah 60kg) dan Tun Jahfar Abdul Rahim (bawah 55kg).

Veteran lumba basikal cadang berkayuh


KUALA LUMPUR - Shaharudin Jaffar baru lima bulan menjalani pembedahan pintasan jantung, kini mengalami masalah buah pinggang dan sudah mencecah usia 70 tahun.

Namun, kerana cintanya terhadap lumba basikal dan keinginan membantu rakan-rakan atlet untuk menikmati kehidupan lebih baik, bekas pemenang pingat emas lumba basikal pertama Malaysia pada Sukan SEAP itu sanggup berbasikal bagi mengutip dana mengisi tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Bagi Shaharudin, barangkali ini adalah sumbangan terakhir yang dapat diberi kepada sukan yang sangat dicintai dan rakan-rakan seperjuangan.

Katanya, idea untuk mengadakan program ini diambil sempena kempen mengisi dana Yakeb, RM1, 1Malaysia yang dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 15 Jun lalu.

"Saya sering tertanya-tanya, apakah lagi sumbangan yang boleh saya berikan kepada negara, kepada lumba basikal dan kepada sukan tanah air keseluruhannya, lalu saya fikir mungkin ini cara yang boleh saya lakukan.

"Saya amat mengagumi idea penubuhan Yakeb kerana ia memperjuangkan nasib atlet, menaikkan martabat sukan negara, jadi saya mahu membantu setakat mana yang saya boleh.

"Sebab itu saya cadang hendak melakukan program berbasikal, pusing Kuala Lumpur dan kutip derma daripada orang ramai untuk mengisi tabung Yakeb. Saya cadang hendak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang menjadi tumpuan.

"Ia tidak mudah, apatah lagi dengan tahap kesihatan saya yang kurang baik. Namun, ada beberapa rakan yang menyuarakan persetujuan untuk turut serta dalam program ini, jadi saya rasa amat bersemangat,'' ujar Shaharudin.

Bagaimanapun kata Shaharudin, program berbasikal untuk mengutip dana masih lagi di peringkat perancangan dan hanya akan dikemukakan kepada Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar, esok.

Kata pemenang pingat emas lumba basikal trek 800m pada Sukan SEAP 1965 itu, jika rancangan ini dipersetujui Mumtaz, maka ia boleh dimulakan dengan segera.

"Saya juga ingin menyeru kepada semua atlet dan bekas-bekas atlet agar menjadi ahli Yakeb. Jangan tunggu bila dah sakit baru nak jadi ahli.

"Kepada bekas atlet yang mempunyai nama besar dan dianggap tokoh dalam sukan mereka, saya juga menyeru mereka agar memainkan peranan lebih efektif untuk membantu Yakeb,'' katanya lagi.

UTUSAN

Monday, June 22, 2009

Olympic Games, Melbourne 1956.




Prior to the formation of the Federation of Malaya Olympic Council in 1953 and its subsequent recognition by the IOC in 1954, some Malayans may have participated in the Olympic Games, representing their countries of origin, such as China and India. After receiving the recognition of the International Olympic Committee (IOC) in 1954, the Federation of Malaya Olympic Council, as it was then known, sent a contingent of 33 athletes from 6 sports to participate in the Olympic Games in 1956 in Melbourne.

The Olympic Contingent of the Federation of Malaya to the 1956 Melbourne Olympic Games comprised six athletes, two swimmers, 18 Hockey players, three Weightlifters and four shooters. There was only one female athlete in the Contingent, Ms. Annie Choong, who participated in Athletics. Amongst the Olympians were Koh Eng Tong, the 1950 British Empire Weightlifting gold medallist in the Featherweight Division and Tan Kim Bee, the silver medallist in the Light Heavyweight Division. The Hockey team finished 9th out of 12 teams. The Chef de Mission was Mr. Herman Marie de Souza (Hockey) and the Flag Bearer was Tan Eng Bee (Weightlifting)

Thursday, June 18, 2009

Aid for ailing Alwi

Sports Minister Datuk Shabery Cheek (right) visits bed-ridden former national cycling coach Alwi Ahmad at his home yesterday. Alwi’s son former national cyclist Rosman is second from right. PIC: MOHD YUSNI ARIFFIN
Sports Minister Datuk Shabery Cheek (right) visits bed-ridden former national cycling coach Alwi Ahmad at his home yesterday. Alwi’s son former national cyclist Rosman is second from right. PIC: MOHD YUSNI ARIFFIN

FORMER national cycling coach Alwi Ahmad's two-year struggle following a stroke finally gets the much needed attention and assistance from the Sports Ministry, National Sports Institute (NSI) and National Athletes Welfare Foundation (Yakeb).

Alwi, who has nurtured numerous national cyclists including his famous son Rosman Alwi since becoming a coach in 1977, suffered a stroke for the second time in 2007 and has been bed-ridden.

Rosman and his siblings have been supporting Alwi, 76, and NSI and Yakeb, after having learnt about Alwi's condition, have been providing the basic needs since last month.

NSI has been providing a special milk formula as Alwi is unable to consume solid food while Yakeb has been contributing disposable diapers.

Sports Minister Datuk Shabery Cheek visited Alwi at his home in Kampung Datuk Keramat in Kuala Lumpur yesterday. The NSI also presented Alwi with a bed and a special inflatable mattress.
Rosman, 47, said that his father has battled on despite the sufferings, and the latest contribution from the ministry, NSI and Yakeb, will ease the family's burden.

"He (Alwi) was active in coaching until 2002 but has been bed-ridden for two years now.

"We have been taking care of his medical needs and I am grateful for what the minister, NSI and Yakeb have done for him," said Rosman.

"The milk costs about RM79 a tin and only lasts for three days and father needs at least five changes of diapers a day. The contribution is very handy," he said.

Shabery said the ministry and NSI will continue to help Alwi. He also applauded Yakeb's pro-active moves in looking after the welfare of athletes.

"We will do whatever possible to look after Alwi and also other former athletes who are in need.

"I'm glad that Yakeb is up and running and has already started contributing to the cause," said Shabery.

"Yakeb has set up many programmes including the 1Ringgit 1Malaysia campaign and we will assist them in whatever way possible to help them reach out to the needs of the athletes."

NST

Nasib Alwi dapat perhatian menteri


Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) berbual dengan Alwi Ahmad ketika melawat bekas jurulatih lumba basikal kebangsaan itu di rumahnya dekat Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Beliau pernah melahirkan jaguh basikal trek negara seperti Sopihardi Shukri di samping anaknya sendiri, Rosman Alwi.

Namun, sejak dua tahun lalu, hidupnya tidak seaktif dulu apabila hanya mampu terbaring sahaja akibat serangan strok kali kedua.

Malangnya sepanjang tempoh terlantar sakit itu, baru semalam Alwi Ahmad, 76, menerima kunjungan pertama daripada Menteri Belia dan Sukan yang benar-benar prihatin tentang nasib di samping mahu menghargai jasanya.

Bekas pelumba dan jurulatih negara itu kini antara bekas atlet yang bernasib baik mendapat perhatian menteri berbanding puluhan lagi yang menanti sinar yang sama.

Terima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) yang begitu mengambil berat keadaan Pak Alwi sehingga terus sahaja mendapat perhatian menteri untuk melawatnya.

"Sejak ISN mengambil berat keadaan bapa saya, banyak bantuan yang kami terima termasuk daripada Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (YAKEB) dan individu-indivivu yang murah hati memberikan sumbangan.

"Alhamdulillah sehingga ini, ISN menyumbang susu tepung istimewa manakala YAKEB menyumbang lampin pakai buang setiap bulan.

"Ia sedikit sebanyak mengurangkan beban kami sekeluarga untuk menjaga beliau yang sudah tidak boleh berjalan dan makan seperti orang lain," kata Rosman.

Semalam, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyampaikan sumbangan ISN berupa katil dan pengalas badan untuk memberi lebih keselesaan kepada Pak Alwi.

"Kita bersedia menyalurkan apa jua bantuan lain yang diperlukan keluarga ini di masa akan datang," kata Ahmad Shabery selepas lawatan itu.

Bagi Rosman, kunjungan pertama daripada seorang Menteri Belia dan Sukan sudah cukup menceriakan.

Ini kerana katanya, bukan wang ringgit dan bantuan adalah segala-galanya buat Pak Alwi tetapi perhatian kerajaan dalam menghargai jasanya dalam sukan lumba basikal negara.

UTUSAN

Wednesday, June 17, 2009

Sultan Azlan Shah Bapa Hoki Malaysia


Samsung Olympic Torch Relay - 51 by Priority Communications.


DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan of Perak the last torchbearer lighting the couldron at the closing ceremony of the Olympic Torch Relay at Kuala Lumpur City Centre (KLCC)


Oleh Jumiati Rosly dan Ahmad Muliady Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Penglibatan dan sumbangan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam sukan hoki tempatan dan antarabangsa sudah sebati dengan perkembangan sukan ini di mana jua dan sewajarnya baginda digelar 'Bapa Hoki Malaysia'.

Sejak 36 tahun yang lepas, baginda tanpa jemu membangunkan arena hoki negara sehinggalah pasukan hoki kebangsaan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan ternama dunia.

Hoki ialah cinta pertama baginda meskipun baginda aktif dalam pelbagai sukan di usia mudanya, menurut cerita beberapa ahli sukan yang ditemui.

Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia (AHF) AHF Tan Sri P. Alagendra yang mengenali baginda menerusi hoki sejak zaman persekolahan lagi berkata Sultan Azlan Shah digelar Bapa Hoki Malaysia kerana dedikasi baginda dalam sukan itu.

PENGLIBATAN AWAL
Raja Azlan Shah(third from left) with athletes of the Batu Gajah Government English School 1946
Penglibatan baginda sejak zaman persekolahan membawa kepada baginda terpilih mewakili pasukan hoki Perak yang merupakan antara pasukan terbaik ketika itu.

Alagendra berkata semasa Sultan Azlan Shah menjadi Majistret Kelas Pertama di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, boleh dikatakan hampir setiap hari selepas waktu kerja baginda akan berjalan kaki ke Kelab Diraja Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor berlatih.

"Pada ketika itu saya bermain untuk Selangor dan beberapa teman kami mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan baginda dan menjemput baginda menjadi Naib Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM). Biarpun baginda mengambil sedikit masa untuk memikirkan tawaran itu, akhirnya baginda bersetuju dan baginda dilantik menjadi Naib Presiden MHF pada 1973," katanya kepada Bernama di sini.

Sultan Azlan Shah akan menyambut Jubli Perak pemerintahan baginda pada 3 Feb ini.

PASUKAN NEGARA MULA DIKENALI

Alagendra berkata Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan Piala Dunia pada 1975 di Kuala Lumpur malahan pasukan negara ketika itu berjaya menduduki tempat keempat dan bermula daripada pencapaian itulah pasukan hoki Malaysia dikenali seluruh dunia.

Pada 1980, baginda dilantik menjadi Timbalan Presiden PHM dan lima tahun kemudian Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Presiden PHM dengan Alagendra sebagai timbalannya.

Alagendra berkata baginda menerajui PHM sehingga 2005 dan selepas itu baginda dilantik sebagai Penasihat Kehormat PHM.

Beliau berkata pada tahun 2002, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia di Stadium Hoki Bukit Jalil dan pasukan negara ketika itu menduduki tempat kesembilan.

"Buat pertama kalinya negara-negara yang menyertai kejohanan itu memberi pujian tertinggi kepada negara penganjur. Di bawah tunjuk ajar baginda juga Malaysia mencatat sejarah apabila mendapat keuntungan RM1.8 juta.

"Semua pasukan yang hadir memuji Malaysia dan PHM juga mendapat keuntungan menerusi syiling peringatan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia serta setem kenang-kenangan," katanya.

PIALA SULTAN AZLAN SHAH BAGAI MINI OLIMPIK

Beliau berkata semasa Sultan Azlan Shah memimpin PHM, baginda mengilhamkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa dianjurkan oleh Malaysia bagi memberi peluang kepada pemain negara untuk beraksi bersama pasukan handalan lain.

"Berikutan itu maka lahirlah Piala Sultan Azlan Shah pada 1992 di mana lapan pasukan terhandal dunia yang terdiri daripada empat pasukan Asia termasuk Malaysia beraksi di negara ini untuk membuktikan kehebatan masing-masing," katanya.

Katanya Piala Sultan Azlan Shah bagaikan mini Olimpik kerana mengumpulkan pasukan terhebat dan turut diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Penganjuran pertandingan ini penting kepada pembangunan sukan hoki negara kerana ia memberikan pendedahan kepada pemain tempatan menguji kehandalan mereka dalam kalangan pasukan hebat dunia.

Alagendra berkata Piala Sultan Azlan Shah juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menjadi satu-satunya kejohanan hoki bertaraf antarabangsa yang menggunakan nama individu sebagai nama pertandingan.

KEBAJIKAN PEMAIN SENTIASA DIJAGA

Katanya sumbangan terbesar baginda dalam arena hoki negara ialah apabila menubuhkan Yayasan Hoki Malaysia pada 1992 yang menumpukan kepada tiga objektif utama iaitu pemberian biasiswa bagi pemain untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, faedah persaraan serta bagi kebajikan pemain apabila berlaku kematian atau kemalangan.

"Pada masa itu, baginda mahukan kebajikan pemain terjamin supaya pemain yang pernah berkhidmat untuk negara tidak menjadi beban kepada masyarakat selepas tidak lagi aktif dalam sukan itu.

"Tidak ada persatuan sukan lain di negara ini yang mempunyai yayasan seperti ini dalam membantu atlet masing-masing dan yayasan ini adalah buah fikiran baginda dan sumbangan baginda dalam membantu para pemain," katanya.

Alagendra berkata pemain yang menamatkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ternyata mempunyai pemikiran yang lebih tajam apabila bermain di padang.

"Kita tidak mahu pemain yang hanya bermain mengikut arahan jurulatih tetapi kita mahukan pemain yang boleh berfikir sendiri dan ternyata pemain yang mendapat pendidikan lebih tinggi lebih menyerlah," katanya.

Menerusi yayasan itu, Alagendra berkata dua pemain negara telah memperoleh ijazah dalam bidang perubatan, tiga pemain meneruskan pengajian sehingga menjadi jurutera profesional, seorang pemain mendapat ijazah perakaunan profesional manakala 23 pemain lagi memperoleh ijazah dalam kursus sains sukan.

TERAJUI AHF SELAMA 45 TAHUN

Alagendra berkata pada 1960, Sultan Azlan Shah dilantik Naib Presiden AHF dan empat tahun kemudian baginda dilantik sebagai Presiden AHF dengan baginda kekal di jawatan itu sehingga hari ini.

Alagendra berkata sejak baginda menerajui AHF selama 45 tahun ini, pelbagai pencapaian demi memartabatkan sukan hoki di rantau ini dicatatkan.

"Baginda dihormati sebagai pemimpin hoki di setiap pelusuk dunia atas sumbangan dan jasanya tanpa henti selama ini kerana cinta baginda terhadap sukan ini," katanya.

Yang terbaru baginda memperkenan supaya Akademi Hoki Asia ditubuhkan dan perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Majlis AHF yang diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Dis lepas.

"Akademi Hoki ini penting bagi meningkatkan lagi mutu bukan sahaja dalam kalangan pemain tetapi juga para pegawai termasuk pengadil," katanya.

Sultan Azlan juga pernah dilantik menjadi Naib Presiden FIH selama dua penggal bermula 1992.

PEMAIN ANGGAP KAWAN DAN AYAHANDA

Alagendra berkata para pemain menganggap baginda sebagai seorang rakan dan ayahanda yang sangat memahami.

"Para pemain tidak segan untuk terus menghadap baginda apabila menghadapi masalah. Baginda pula sudi mendengar permasalahan para pemain ini.

"Satu sahaja yang baginda mahukan daripada para pemain, iaitu pemain tidak boleh bermain lebih kurang saja tetapi kalau nak main, mestilah bermati-matian. Kejayaan itulah yang akan membuatkan baginda bangga dan kekuatan itulah yang akan memberi baginda semangat untuk berusaha lebih gigih," katanya.

Bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi berkata Sultan Azlan Shah selalu turun padang menyelesaikan sendiri masalah yang timbul dalam sukan hoki.

"Dari tahun 1997 hingga 2000 timbul isu berkaitan jurulatih dan pemain yang tidak berpuas hati dengan gaji dan ganjaran. Pada masa itu Tuanku memanggil semua pihak berbincang dan atas kebijaksanaan tuanku, semua pihak gembira dengan keputusan yang dicapai," katanya.

Beliau berkata Sultan Azlan Shah adalah seorang yang mudah untuk diajak berbincang dan seorang pemimpin yang bersemangat serta banyak mempunyai idea dalam meningkatkan mutu sukan hoki di negara ini.

"Tuanku adalah ikon kepada hoki Malaysia kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengangkat martabat hoki di negara ini," katanya

PERSONALITI YANG DISENANGI SEMUA

Setiausaha Kehormat PHM Hashim Mohamed Yusoff berkata Sultan Azlan Shah mempunyai personaliti yang tegas, cekap dan serius.

"Seingat saya baginda banyak membantu orang di bawah dalam semua hal dan membantu menyelesaikan masalah. Baginda boleh dianggap sebagai legenda hoki negara kerana memberi banyak sumbangan dalam memajukan sukan hoki di dalam dan di luar negara," katanya.

Katanya baginda rapat dengan para pemain hoki dan sehingga kini masih mengadakan jamuan untuk berjumpa sendiri dengan para pemain.