Thursday, June 25, 2009

Sazali Samad





Sazali Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia

Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Sazali Samad yang sudah berkahwin banyak melakukan senaman angkat besi di pusat latihan bina badan Polis Di Raja MalaysiaPDRM di Bukit Aman dan juga di gimnasium di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli bina badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha Qatar.



Pencapaian

2007
  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61[1] , kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan
2006

2005
2004
2003

2000

1999

1998

1997

1996

  • Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah

2007



Sazali, anda memang hebat!


SAZALI Samad dijulang rakan sekerja Polis Diraja Malaysia sambil menayangkan trofi Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.


SEPANG – Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61, Sazali Samad menyifatkan kejayaan merangkul gelaran keempat di Jeju, Korea Selatan, Ahad lalu itu sebagai satu kejutan bukan sahaja kepada dirinya bahkan pencabar dan barisan juri.

“Kejutan bagi saya kerana ia satu kategori baru (lightweight 70 kilogram) selepas sekian lama dalam bantamweight 65kg. Lagipun saya cuma sasar tiga tempat teratas pusingan akhir,” katanya setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Sazali, 40, anggota polis berpangkat sarjan, turut mengakui dia dapat merasai kejutan pada riak wajah pencabarnya terutama naib juara lightweight tahun lalu, Richard Riedl dari Slovakia yang hanya meraih tempat ketiga kali ini dan pemenang perak, Patrick Ostolani dari Jerman.

“Mereka dan panel juri seperti tidak menyangka saya mampu menceburi lightweight apatah lagi menjuarainya namun tentangan mereka memang sengit dan saya cuma menang dengan perbezaan mata yang cukup tipis,” katanya yang mendapat sambutan kepulangan seorang wira daripada kaum keluarga dan rakan sekerja.

“Saya juga tidak memperkecilkan pencabar lain seperti dari Eropah mahupun Asia Tenggara seperti Thailand dan Myanmar. Mereka hebat-hebat belaka,” kata Mr. Universe bantamweight di Melaka pada 2000, Moscow 2004 dan Ostrava 2006 ini.

Kata anak jati Batu Pahat, Johor ini, agak merisaukannya ialah apabila diserang kekejangan otot tiba-tiba tetapi mujurlah semangat cekal untuk terus mencipta sejarah bina badan negara memulihkan semula tumpuan kepada persembahan di pentas.

Kata Sazali, latihan pesat dalam menghadapi kejohanan anjuran Persekutuan Ahli Bina Badan Antarabangsa (IFBB) itu sejak empat bulan lalu turut banyak membantunya selain sokongan khidmat nasihat dan teknikal Majlis Sukan Negara (MSN).

Kejayaan gemilang itu turut melayakkannya meraih duit raya sebanyak RM20,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Kelas 2 iaitu ganjaran tetap untuk atlet yang menjuarai sebarang kejohanan bertaraf dunia yang diadakan secara tahunan.

“Memang berbaloi apabila menang setelah saya terus berpantang larang dengan pelbagai makanan walaupun ketika Aidilfitri, baru-baru ini. Kejayaan ini juga berkat doa seluruh peminat sukan tanah air,” katanya yang berlatih ke Jeju tanpa khidmat jurulatih khusus.

Milos Sarcev dari Amerika Syarikat yang pernah melatihnya menghadapi Sukan Asia Doha, tahun lalu, telah menamatkan kontraknya dengan MSN selain masih menjalani hukuman penggantungan 12 bulan kerana mengkritik seorang pegawai Persekutuan Bina Badan Asia (ABBF).

Tuduhan itu disiarkan oleh media Malaysia selepas Sazali kempunan emas di Doha apabila kalah kepada peserta tidak ternama dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Salem Abdulla Zahmi sedangkan beberapa bulan sebelumnya dia menggondol gelaran dunia di Ostrava.

Sazali yang turut dikejutkan seorang atlet Filipina dalam Sukan SEA 2005, hanya akan ke temasya dwitahunan itu di Korat, Disember ini sebagai jurulatih tiga muka baru - Buda Anchah (bawah 70kg), Mohd. Salim Mat Salleh (bawah 60kg) dan Tun Jahfar Abdul Rahim (bawah 55kg).

No comments: