Sunday, January 24, 2010

Ghazali Shafie meninggal dunia


GHAZALI (dua dari kanan) bersama Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur pada tahun 1983.


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya dekat sini kira-kira 7.45 malam tadi.
Ghazali yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922 meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Bachtiaer, 53, dan Sheriffudin, 47.
Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid telah meninggal dunia pada April 2008.
Ghazali merupakan ahli politik pada era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman hinggalah era Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.
Beliau memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia apabila menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

No comments: