
Melihat ‘portfolio’ Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil ini, nyata penulis sendiri tergamam dan satu mukasurat pastinya tidak memadai untuk menceritakan episod pencapaian hebat lagenda Olahraga tanah air ini.
Menyingkap penglibatannya sebagai atlet, ianya bermula hanya sekadar satu kebetulan apabila beliau beraksi mewakili Sekolah Convent Sentul, pada Kejohanan Olahraga Antara Sekolah Zon Utara Selangor pada usia 16 tahun (1971) – itupun secara ‘suka-suka’.
Kemenangan dalam dua acara pecut - 100 dan 200 meter menyemarakkan semangat Marina untuk terlibat secara lebih serius dan penampilan pertamanya di pentas Sukan Sea berjaya membantu pasukan negara selaku tuan rumah meraih pingat emas dalam acara 4 x 400 meter pada tahun yang sama – kejayaan yang disifatkannya sebagai paling manis sepanjang bergelar atlet.

Bergelar guru adalah impian yang menjadi kenyataan buat Marina, dan pada 1975, beliau yang merupakan guru pelatih di Maktab Perguruan Seri Kota, meraih pingat Perak lari berpagar 400 meter Kejohanan Olahraga Asia di Seoul, Korea Selatan.
Pada September tahun yang sama, Marina meneruskan kecemerlangannya, apabila sekali lagi memperbaharui rekod kebangsaan, acara lari berpagar 100 meter dengan catatan 15.2 saat, serta acara 400 meter lari berpagar dengan catatan 64.9 saat di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura.

memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 28.4 saat dalam acara lari berpagar 200 meter pada
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Alor Star, Kedah pada Ogos 1976.
Kejayaan demi kejayaan yang dilakar menyaksikannya dinobatkan selaku Olahragawati Kebangsaan dan Selangor untuk dua tahun berturut-turut, 1976 dan 1977.
Pada Sukan Sea 1977, Marina meraih emas berganda acara 100 dan 200 meter, dan hampir menyamai pencapaian sifunya, M.Rajamani dengan meraih emas ketiga jika tidak gara-gara kerana kesilapan pengadilan.
Pada 1979 pula, gandingan Marina bersama Saik Oik Cum, V.Angamah dan Zaiton Othman menghadiahkan Malaysia pingat Perak acara 4x400 meter pada Kejohanan Antarabangsa Trek & Padang Asia Tokyo.
Beliau kemudiannya meraih emas acara lari berpagar 100 meter, dan 4x400 meter pada Kejohanan Sukan Sea ke-10 Jakarta, pada tahun yang sama.

Sumbangannya bagaimanapun tidak terhenti di situ, pulang selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Sains dan Sarjana Kesusasteraan, Marina menyumbang khidmatnya di Kementerian Pendidikan, selain terlibat secara serius dalam pelbagai aktiviti dan seminar memartabatkan sukan olahraga tanah air bersama Majlis Sukan Negara.
Ditanya misi utamanya selaku Pengetua SSBJ ketika ini - melahirkan jaguh Olimpik dari kalangan pelajar SSBJ.
Source: suarasukan1mas
No comments:
Post a Comment