Meskipun belum berkesempatan mengunjungi bekas jaguh bina badan negara, Dato’ Malek Noor yang diserang sakit jantung dua hari lepas, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tetap mendoakan agar bekas Mr.Asia sebanyak 6 kali itu segera sembuh dan kembali aktif seperti sedia kala.
“..saya belum berkesempatan untuk melawat tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan, saya mengambil tahu keadaan beliau sejak beliau diserang sakit jantung", reaksi Shabery ketika ditanya Suara Sukan.
Gambar diambil ketika rombongan Yakeb tiba di Stadium Ipoh |
Shabery berkata Malek Noor, yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Pantai Ipoh pada Rabu selepas diserang sakit jantung ketika menyertai Perlawanan Bolasepak Amal antara Pilihan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Pilihan Menteri Besar Perak adalah salah seorang tokoh sukan disegani, dan yakin peminat Malek Noor di luar sana pastinya turut mendoakan kesihatan beliau.
Malek, 56 tahun sememangnya dikenali sebagai seorang yang cukup menghiburkan ekoran sifatnya yang sentiasa suka melawak, serta peribadinya yang suka merendah diri baru pulang dari mengerjakan umrah 19 Mac lalu, dan banyak terlibat dalam aktiviti bersama YAKEB sejak kebelakangan ini.
Ketika menyertai aktiviti YAKEB |
Beliau yang juga bekas finalis Mr.Universe serta Pengarah Eksekutif Universal Fitness & Leisure, cukup popular pada era 1980-an dan pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan pada 1986 dan 1990.
Selain kejaguhannya dalam dunia bina badan, Malek juga dikenali sebagai pelakon - antara filem dibintanginya, Juara, Rimba Malam, Pendekar Mata Satu dan Sahabat.
**Gambar koleksi Arkib YAKEB
Source: Suara Sukan Anda @ http://suarasukan1mas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment