Thursday, November 5, 2009

Sejarah tahun 1948 cetus semangat N. Sembilan


JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948.


PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.

"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya. KOSMO

No comments: