Turut berada di tanah perkuburan berkenaan adalah kedua ibu bapanya, adik beradik, saudara mara, jiran, rakan seperjuangan dalam bidang sukan dan kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN).
Jenazah Allahyarham selamat di bawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Tiram, di sini, terlebih dahulu, selepas mendapat kebenaran pihak hospital sekitar jam 10 malam untuk diberikan penghormatan terakhir.
Terdahulu, Allahyarham Mohd Salam mengadu sakit kepala dan berehat di kediaman atlet Casa I, MSN sebelum disedari tenat oleh rakannya.
Beliau meninggal dunia pada pukul 1 petang ketika dalam perjalanan ke HUKM, semalam.
Sepanjang kerjayanya sebagai atlet, Mohd. Salam pernah beraksi di Sukan Paralimpik Athens (2004) dan Beijing (2008).
Beliau juga pernah menduduki ranking No. 1 dunia Kesatuan Memanah Antarabangsa (FITA) pada tahun 2009.
Al-Fatihah!
Tarikh : November 16, 2011 - Sinar Harian
1 comment:
Saya berfikir bahawa atlet ini adalah satu contoh yang sangat baik untuk diikuti dan sebagai contoh pay per head bookmaking writer saya saya apabila saya memulakan kerjaya saya, ia banyak membantu saya
Post a Comment