Kenangan abadi ‘SuperMokh’
Allayarham Mokhtar tiada galang ganti, hanya memori indah jadi penyeri dan pengubat rindu
TANGGAL 11 Julai 1991 pasti diingati setiap peminat bola sepak tempatan, ia adalah tarikh negara kehilangan seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan, iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan nama “SuperMokh”.
Kini sudah 16 tahun pemergian Mokhtar akibat penyakit Mascular Dystrophy (MD), namun pepatah bahawa patah tumbuh hilang berganti yang sering digunakan tidak dapat disamakan dengan Mokhtar - sehingga ke hari ini tiada penyerang tempatan yang setanding dengan kelibat beliau dapat dihasilkan.
Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur dan bakat awalnya tersemai sejak di bangku sekolah lagi, di Sekolah Menengah Victoria (VI) potensi awalnya dalam bola sepak mula dikesan dan mendapat perhatian sehingga mewakili skuad Piala Burnley Selangor pada tahun 1971.
Selepas meninggalkan alam persekolahan, Mokhtar mula mewakili Selangor dalam saingan Piala Malaysia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1972 hingga tahun 1986.
Dalam tempoh itu, Mokhtar membantu Selangor memenangi 10 kejuaraan Piala Malaysia, dan dua kali membantu pasukan negeri kelahirannya muncul naib juara pada tahun 1980 dan 1983.
Kali pertama kelibat Mokhtar dapat disaksikan pada perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada tahun 1972, Selangor menewaskan Perak 3-0 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol pada perlawanan itu.
Mokhtar mula mewakili negara pada tahun 1972 hingga 1985, dalam tempoh itu Mokhtar keluar daripada persaraan sebanyak tiga kali demi menyahut seruan membantu skuad negara.
Pestabola Merdeka adalah kejohanan yang banyak melonjakkan nama Mokhtar di peringkat antarabangsa, penampilan pertamanya di kejohanan itu ialah pada tahun 1973, skuad negara muncul juara menewaskan Maghribi 3-1 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol.
Penyerang legenda negara itu turut beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan bertemu Arsenal, pada tahun 1975 apabila menjaringkan dua gol menewaskan kelab gergasi Inggeris itu 2-0.
Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar diiktiraf sebagai penyerang terbaik Asia oleh majalah World Soccer dan turut dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976.
Pada tahun 1978, Mokhtar berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika Malaysia seri 1-1 dengan England B yang dilatih Sir Bobby Robson ketika itu, aksi Mokhtar dan skuad negara ketika itu turut mendapat pujian Robson.
Ketika kariernya sudah sampai ke penghujung, Mokhtar masih menampilkan ciri-ciri pemain hebat walaupun kudratnya tidak segagah dulu. Kali terakhir Mokhtar dipanggil mewakili negara ialah pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 1985 di Seoul, Korea Selatan namun skuad negara tewas 0-2..
Kali terakhir Mokhtar mewakili Selangor ialah pada tahun 1986 ketika berusia 33 tahun, namun faktor usia tidak menghalangnya membantu Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-26 dan juga diumum pemain terbaik perlawanan akhir.
Namun, Mokhtar menarik balik persaraannya di peringkat negeri dan mewakili Selangor semusim lagi pada tahun 1987 selaku jurulatih merangkap pemain.
Ketika menjadi jurulatih dan selepas pertama kali didedahkan beliau mengidap penyakit MND itu, tidak menghalang Mokhtar untuk terus menabur khidmatnya. Malah, ketika berkerusi roda, beliau masih bersama anak buahnya di padang dan stadium memberi tunjuk ajar.
Namun, ajal dan maut, Allah yang menentukan dan pada jam 8.25 pagi, Khamis, 11 Julai 1991, Mokhtar meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada usia 38 tahun.
Data
Mokhtar Dahari
Jolokan: SuperMokh
Tarikh Lahir: 13 Nov 1953
Tempat Lahir: Setapak
Isteri: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
Bapa: Dahari Abeng
Ibu: Maimon Sadikin
Anak: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
Karier
Kelab: Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
Mula Wakili Selangor: Piala Burnley 1971
Piala Malaysia: Wakili Selangor 1972
Mula Wakili Negara: Pestabola Merdeka 1972
Kali Terakhir Wakili Negara: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
Jumlah Perlawanan untuk negara: 167
Gol Piala Malaysia: 177
Gol Antarabangsa: 125
Jaringan Terbaik: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
Pencapaian: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah: Olahragawan Kebangsaan 1976
Mokhtar Dahari (13 November 1953 – 11 July 1991) was a legendary Malaysianfootball player from Setapak, Selangor. He was one of the best players in Asia in the 1970s.
Born in Setapak, Mokhtar showed interest in playing football at an early age. He played for his school and later for his home state, Selangor FA. He was only nineteen years old when he first played for the Malaysia national football team in an international game. Mokhtar helped Selangor FA win the Malaysia Cup 10 times and scored 177 goals altogether. In international games, he helped the Malaysia national football team score a total of 125 goals in 167 caps. He was the best striker in Malaysia. His first game for Malaysia national football team was against Sri Lanka national football team in 1972.
The Merdeka Stadium was his second home. Roars of "Supermokh" was all over the crowds including the young generation who tried to imitate his move.
Along with goalkeeper R Arumugam, defenders Santokh Singh and Soh Chin Aun, midfielders Reduan Abadullah and Shukor Salleh and Mokhtar's partner upfront Isa Bakar, Mokhtar Dahari's Selangor FA and Malaysia national football team were powerful forces in the '70s.
In 1975, he represented the Malaysia national football team against English giants Arsenal F.C.. Malaysia won the game 2–0, with Mokhtar scoring both goals. After the game, Mokhtar was rumoured to have been offered a chance to play for the Gunners. He also famously scored a goal in a 1–1 draw against England national football team's B team in 1978, dribbling past half of the opposing team coached by Bobby Robson. Paul Mariner was on the scoresheet for England that day.
He won his 100th cap for Malaysia national football team when he played in a Merdeka Football Tournament match against Japan national football team in 1976. This number 10 of Selangor FA also had a friendly game against another number 10, Diego Maradona's Boca Juniors in January 1982. The match ended with a 2-1 result; won by Argentina.
Mokhtar Dahari retired in May 1986 after winning the Malaysia Cup for Selangor FA and himself the man of the match. He also gave his number 10 jersey to Raja Muda Selangor. He came out of retirement in January 1987 to play one more season for Selangor FA.
In January 1988, he joined Kwong Yik Bank and won the Selangor League that year.
Mokhtar died at age 37 of muscular dystrophy at Subang Jaya Medical Centre11 July 1991. His body was laid to rest at Bukit Permai, Taman Keramat Permai Muslim cemetery. (SJMC) at 8:25 am on
|
KARIER
- 1970: Mewakili Selangor ke pertandingan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ... Turut bermain adalah Santokh Singh dan Reduan Abdullah
- 1971: Pada bulan Disember, bermain untuk Selangor dalam pertandingan Piala Burnley di Kuching ... Menjaringkan gol dalam perlawanan sulung menentang Kedah
- 1972: Beraksi pertama kali untuk pasukan senior Selangor dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Hitachi dari Jepun pada bulan Februari ... Pada bulan April turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pertama dalam kariernya menentang Perak di posisi sayap kiri ... Menjaringkan gol pada minit ke 29 hasil umpanan Rahim Abdullah untuk membantu Selangor menang 3-0 ... Mewakili Malaysia buat pertama kali dalam Piala Jakartaraya (Piala Kemerdekaan Jakarta) pada bulan Jun
- 1973: Bermain bersama skuad Malaysia di pra Piala Dunia di Seoul ... Bermain dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Kuwait ... Menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ... Membantu Selangor mengekalkan Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir
- 1974: Mencipta rekod peribadi untuk gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia di Teheran, Iran sekaligus membantu negara memenangi pingat gangsa
- 1975: Membantu Selangor menjulang Piala Malaysia menewaskan Singapura 1-0 ... Menjaringkan dua gol ketika skuad negara menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan
- 1976: Menjaringkan dua gol untuk membantu Selangor mengalahkan Singapura 3-0 dan sekali gus muncul sebagai juara Piala Malaysia bagi kali ke-19 ... Mendapat caps Malaysia ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka bulan Ogos ... Mendapat kecederaan lutut ketika mewakili PKNS menentang Pemuda UMNO peringkat suku akhir Piala FAM sekaligus terpaksa menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti
- 1977: Kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut dan mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor ... Membantu Selangor mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ... Menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir untuk pingat emas Sukan Sea pertama beliau ... Menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976
- 1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan persahabatan Malaysia menentang England 'B' yang berkesudahan seri 1-1 ... Memenangi Piala FAM pertamanya bersama PKNS ... Turut membantu Selangor bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada Singapura untuk menang 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia
- 1979: Pertama kali mengetuai barisan Selangor selepas mengambil-alih jawatan ketua pasukan dari Soh Chin Aun lalu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas musuh tradisi, Singapura ... Buat pertama kali rentangan sepanduk tertulis Super Mokhtar terpampang di Stadium Merdeka, gelaran yang kekal hingga ke hari ini ... Mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinannya dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim ... Menjaringkan gol tunggal bagi pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 ... Membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan arena bolasepak antarabangsa ... Menjaringkan 2 gol ketika membantu PKNS menjadi juara Piala FAM dengan menumpaskan Hong Chin 2-1
- 1980: Menjaringkan 1 gol tetapi gagal membantu Selangor memenangi Piala Malaysia setelah tewas 1-2 kepada Singapura ... Menarik balik keputusan persaraan antarabangsa untuk beraksi di Pestabola Merdeka di mana Malaysia muncul naib johan selepas tewas kepada Maghribi dalam perlawanan akhir
- 1981: Dilayangkan kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya oleh pengadil Othman Omar ketika menentang Singapura dalam aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia ... Menebus kembali kesilapannya dengan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir menentang lawan yang sama sekaligus Selangor menjulang Piala Malaysia dengan jaringan 4-0 ... Mendapat cahaya mata yang pertama ... Kegagalan di pra Piala Dunia di Kuwait menyaksikan beliau mengumumkan persaraan anatarabangsa bagi kali kedua
- 1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona dalam perlawanan persahabatan, Selangor tewas 1-2 ... Membantu Selangor menewaskan Terengganu 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia
- 1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan di mana Malaysia tewas 0-2 dan beliau mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa untuk kali ketiga dan terakhir
- 1986: Bersama Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan menewaskan Johor 6-1 dalam perlawanan akhir ... Diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir ... Mengumumkan persaraan dari bolasepak peringkat negeri dan menghadiahkan jersi nombor 10 beliau kepada Raja Muda Selangor
- 1987: Membuat keputusan untuk menarik balik persaraannya bagi mewakili Selangor buat satu musim lagi
- 1988: Bersara dari bolasepak peringkat negeri dan menyertai Kwong Yik Bank ... Kehadirannya membawa kelab itu menjadi juara Liga Dunhill Selangor
- 1989: Mokhtar disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy ... Berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut namun pulang ke tanahair tanpa sebarang perubahan
- 1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada hari Khamis, 11 Julai pada pukul 8.25 pagi
Anugerah
1 comment:
Tahniah...semoga keluarga di sana tidak susah miskin.
Post a Comment