Dengarkan interviu dengan Allahyarham Datuk Hasbullah Awang... http://t.co/kAnYHk5RFD
— rizal hashim (@rizalhashim801) February 12, 2015
Putrajaya:
“Saya sifatkan arwah (Datuk Hasbullah Awang) sebagai legenda pengacara sukan
malah beliau sebahagian daripada legenda sukan negara,” kata Menteri Komunikasi
dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahmad
Shabery mengaku negara berduka atas pemergian Allahyarham dan satu kehilangan
besar buat dunia penyiaran sukan negara.
Menurutnya,
aspek penyiaran sukan tiada erti sekiranya tiada komentator yang baik dan
berkaliber.
“Bintang
boleh datang dan pergi, namun tidak semua bintang boleh digilap sebaik
Hasbullah. Arwah seorang bintang yang tidak boleh dicari,” katanya.
Arwah
meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam
12.20 tengah hari semalam akibat komplikasi jantung.
Rakan
sejawat, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menerusi
akaun twitternya: “Sedih mendapat berita pemergian voice of Malaysian sports
Datuk Hasbullah Awang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Sementara
itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah berkata, FAM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, seorang
pengulas sukan yang cukup mahir, fasih dan arif tentang bola sepak.
Ketua
Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail pula mengakui
mempunyai hubungan akrab apabila mula mengenalinya sejak 1988.